Aceh- Dua orang wanita telah dijatuhi hukuman rotan setelah didapati bersalah mengikut undang-undang Syariah kerana melakukan aktiviti perniagaan menjual makanan [nasi] pada waktu siang bulan Ramadan yang lalu. Kedua-dua wanita ini diberkas oleh sepasukan polis syariah pada 23 Ogos ketika sedang berjualan.
Murni Amris, 27 menerima 3 kali sebatan manakala Rukiah Abdullah, 22 menerima dua kali sebatan di khalayak ramai dekat masjid di bandar Jantho, Banda Aceh, Indonesia.
Undang-undang Syariah Islam mula dikuatkuasakan di Aceh sejak 2005. " Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini mereka akan dikenakan hukuman penjara selama setahun atau denda USD $340 atau sebatan dikhalayak ramai maksimum 6 kali sebatan." Lain pula apa yang berlaku di negara kita Malaysia...