Tuesday, September 7, 2010

Singapura : Meminta Sedekah Hanya Apabila Dihampiri

Undang-undang serta tindakan tegas yang dikenakan ke atas pesalah memberi kesan yang mendalam kepada semua warga Singapura termasuklah peminta sedekah. Perbuatan meminta sedekah adalah salah di sisi undang-undang kerajaan Singapura. 
Mereka berpakaian agak kemas seperti baru pulang dari pasar sambil duduk memerhatikan orang ramai di luar masjid. Setiap kali dihampiri, mereka yang berusia antara 50- an dengan 70-an tahun itu akan melemparkan senyuman sambil meminta simpati. Mereka hanya menadah tangan apabila didekati kerana takut diberkas pihak berkuasa.

Peristiwa Pelik : Ulat Bulu Berbaris Panjang Melintas Jalan

Peristiwa aneh dan jarang berlaku kita lihat apabila sekawan ulat bulu berbaris panjang  melintas jalan. Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut.

The World's Shortest Man

Edward Nino Hernandez, 24 tahun kelahiran Colombia telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai Lelaki Terpendek [terendah] Dunia dengan ukuran ketinggiannya hanya 27 inci serta berat 10kg sahaja.
Bekerja sebagai penari sambilan sentiasa gembira dengan keadaan dirinya malah beliau mempunyai teman wanita normal berumur 18 tahun dengan ketinggian 5 kaki. Kini Nino juga merupakan seorang aktor yang sedang meningkat naik dan sedang berlakon dalam sebuah filem barunya.