Wednesday, September 1, 2010

Tradition : Ketupat Daun Kelapa Hidangan Wajib Hari Raya Di Johor

MENJELANG hari raya, tidak puas rasanya tanpa menjamu  hidangan tradisional, iaitu ketupat. Ia adalah menu utama bagi umat Islam di Malaysia ketika menyambut Aidilfitri.
Ketupat [ketupat beras @ ketupat nasi] mendahului senarai sajian utama di negeri Johor. Hakikatnya makanan warisan nenek moyang dari zaman ke zaman itu tidak pernah dilupakan khasnya pada hari raya.