Tuesday, August 31, 2010

Tradition : Hari Raya & Dodol

Encik Ideris Ibrahim bersama isteri [Kampng Baru, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang]  sedang sibuk memasak 100 kg dodol  untuk memenuhi tempahan sempena hari raya tidak lama lagi. foto by Syed Ismail Syed Abu Bakar NST

Dodol, kuih tradisional yang begitu sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Walaupun dodol kurang digemari oleh anak-anak zaman IT, namun permintaan terhadap kuih tardisional ini masih tinggi dan mudah didapati di pasaran.  

Tradition : Hari Raya & Lemang

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia

Sambutan Hari Kemerdekaan 'Dengan Jalur Gemilang Gergasi'

Muar, 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di sebuah sekolah rendah di daerah Muo [SK Parit Jawa Muar] telah dilangsungkan dengan meriahnya apabila 'Jalur Gemilang Gergasi' selamat dikibarkan pagi tadi. Program sambutan Hari Kemerdekaan yang dimulakan seawal 7.30 pagi  di dataran perhimpunan itu disertai oleh 600 orang murid, 50 orang guru, 14  orang staf dan pekerja sekolah. Selain itu seramai 10 orang guru pelatih dari Institut  Perguruan  turut serta  menjayakan sambutan  itu.