Sunday, August 29, 2010

Nilai Mata Wang Tinggi & Jualan Potongan Harga,Rakyat Brunei Membeli - Belah Di Miri

Deretan kenderaan sejauh 3km warga Brunei berbaris panjang di sempadan Sungai Tujoh, Brunei -   Miri untuk membeli-belah di pasar raya Miri sempena cuti Nuzul Quran dan hujung minggu. Dengan nilai mata wang Brunei yang lebih tinggi berbanding ringgit Malaysia [ Brunei $1  = RM 2.30 ], Miri menjadi tumpuan penduduk Brunei  berbelanja kerana hampir semua pasar raya menawarkan jualan potongan harga menjadikan harga barangan lebih murah bagi warga Brunei.[sumber : bt.com.bn]

Hari Raya : Mercun & Bunga Api & Tragedi


Membakar mercun dan bunga api adalah budaya kaum Cina menandakan bermulanya Tahun Baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. 
Tradisi membakar mercun ini telah menular dan meresap perlahan-lahan sehingga menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu dan juga India di negara kita setiap kali tiba musim perayaan masing-masing. 
Namun tujuan mereka membakar mercun hanyalah sekadar memeriahkan sambutan hari perayaan tersebut, bukan bertujuan menghalau hantu atau nasib malang mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Peliknya, pembakaran mercun oleh masyarakat Cina tidak pula mengakibatkan kejadian malang. Jarang sekali kita mendengar kes kematian, kecederaan dan kebakaran akibat pembakaran mercun yang dilakukan masyarakat Cina.