Saturday, August 28, 2010

Ops Sikap : Selamat Hari Raya 'Bersopan & Sabar Di jalan Raya'

Setiap kali tiba musim perayaan maka pihak anggota keselamatan pun melancarkan [ops sikap] operasi kempen keselamatan jalan raya kerana jumlah pengguna jalan raya meningkat berkali ganda  sehingga menyebabkan kesesakan . Berbagai-bagai kempen, nasihat dan peringatan  diberikan setiap hari melalui media cetak mahupun elektronik. Malangnya sesetengah pengguna jalan raya  tidak menghiraukan kempen tersebut. Mereka langsung tidak mengambil berat dan tidak menghiraukan keselamatan diri atau keselamatan orang lain. Akibatnya berlakulah insiden yang tidak diingini. Jumlah kemalangan ngeri & maut terus meningkat. 
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba, marilah kita sama-sama mengamalkan budaya bersopan di jalan raya demi kebaikan bersama. Pandu cermat jiwa selamat. Sikap sabar dan cermat  ketika berada di jalan raya boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. Sayangilah nyawa anda serta keluarga. Elakkan tragedi