Friday, August 27, 2010

Apakah Kajian Genetik?

 Susunan NAZRUL AZIM SHARUDDIN[
GENETIK merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam makhluk hidup. Maklumat genetik tersebut disimpan dalam kromosom yang terbentuk daripada molekul asid deoksiribonukleik (DNA).
Setiap maklumat itu akan menentukan faktor fizikal serta perlakuan organisma hidup secara menyeluruh. Di samping itu, ia juga akan menentukan faktor luaran lain seperti pemakanan dan persekitaran.
Organisma hidup yang akan menghasilkan generasi baru pula kemudiannya akan memindahkan maklumat genetik melalui kromosom dengan bilangan yang sama.
Bentuk dan saiz kromosom adalah berlainan dalam organisma yang berbeza. Sekarang ini, bidang genetik dibahagikan kepada dua jenis iaitu genetik klasik dan genetik molekul yang menggunakan teknik pengklonan.

[cyberita.asia1.com.sg]