Wednesday, August 25, 2010

Hari Kemerdekaan : Bangsa Membudayakan Negara

Sebuah Persatuan Kebudayaan Cina daerah Muo turut mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang dilangsungkan di Muo tidak lama dulu. Foto ini sudah lama orang muo simpan. Baru hari ini orang muo teringat kembali tentang foto-foto ini. Pujian harus diberikan kepada persatuan kaum Cina ini yang berusaha mempraktikan budaya kaum Melayu dalam masyarakat mereka.

JAKIM : Penggantungan Sijil Pengesahan Halal Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd


JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.