Sunday, August 22, 2010

Hukum Solat Jumaat Sunat Jika Menunaikan Solat Hari Raya Jatuh Pada Hari Tersebut

[sumber :mykhilafah.com ]
Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?
Kesimpulan
Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka hukumnya adalah seperti berikut:Pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya (‘Eid), maka gugurlah kewajipan solat Jumaat ke atasnya. Dia boleh memilih sama ada untuk menunaikan solat Jumaat ataupun tidak. Namun, disunnahkan baginya untuk tetap melaksanakan solat Jumaat.

Menu Berbuka Puasa : Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Keenakan  'Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah' yang pernah orang muo nikmati ketika berkunjung ke Dungun bersama keluarga  masih lagi segar dalam memori kerana rasanya yang sangat sedap dan lazat. Subuh pagi tadi orang muo sempat merayau-rayau mencari info, terjumpa pula website resepi online. Orang muo pun apa lagi terus cedok resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah untuk koleksi blog orang  muo.
Kepada para ibu dan isteri yang sedang buntu memikirkan menu untuk berbuka puasa petang ini boleh mendapatkan resepinya di sini. Kalau tak sempat nak memasaknya pergilah ke baazar ramadhan, beli saja :)