Thursday, August 12, 2010

Masalah Bilangan Rakaat Sembahyang Tarawih

Banyak keterangan yang berlainan mengenai bilangan rakaat sembahyang tarawih. 
Tetapi menurut yang telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama' dari kalangan mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali ialah dua puluh rakaat berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a, seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:


63- عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانُوا يَقُومُونَ على عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةٍ. (رواه البيهقي)

Sembahyang Tarawih Dan Kelebihannya

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."
"Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan,  sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu" (1)
"Qiamullail" (sembahyang malam) yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah menghayati tiap-tiap malam bulan Ramadhan dengan sembahyang-sembahyang sunat - terutama sembahyang tarawih.

Incredible Sand Animator Kseniya Simonova

Kseniya Simonova, seorang artis sand animator berbangsa Ukraine merupakan pemenang  “2009 Ukraine’s Got Talent.” Beliau mula melukis menggunakan pasir setelah gagal dalam perniagaannya pada awal 2000. Bakat luar biasanya begitu terserlah selepas setahun beliau berlatih melukis dengan  skil luar biasa  jari dan tangannya dengan 'light box' ditabur pasir. Kemudian beliau terus menyertai dan memenangi pertandingan Ukraine's Got Talent. Bermula dari situ Kseniya Simonova terus menjadi terkenal dan mempunyai peminat begitu ramai terutamanya dari golongan kelas atasan.

Kseniya Simonova membuat persembahan sand animator secara langsung seolah-olah seperti 'story teller' menggunakan giant light box dengan berlatarkan iringan muzik dramatik,  serta limpahan sinaran lampu unik. Lihat video di bawah bagaimana beliau mempersembahkan karya kreatif sand animatornya yang amat luar biasa dan menakjubkan...