Friday, August 6, 2010

Apakah Yang Menyebabkan Selsema?

APABILA seseorang berkata, saya mendapat selsema, ini bermakna terdapat sesuatu dalam badan yang menyebabkan simptom selsema.
Biasanya mereka yang dijangkiti selsema mengalami hidung berair, bersin, batuk, sakit kepala dan kadang-kala demam. Terdapat pelbagai virus yang berbeza yang menyebabkan simptom selsema tetapi biasanya selsema disebabkan oleh rhinovirus.