Monday, August 2, 2010

Bersarapan Pagi Dengan Sate Muo!


Sate muo..satu lagi makanan popular di daerah muo selain mi bandung muo. Satu perkara yang agak unik di muo ialah bersarapan pagi dengan sate muo!. Bagi mereka yang belum pernah bersarapan pagi dengan sate tentu berasa agak pelik bukan. Di daerah Muo makan sate pada waktu pagi adalah satu perkara biasa malah ia satu hidangan atau menu istimewa di sini. Namun begitu hanya beberapa buah restoran atau kedai makan saja di Muo yang menyediakan hidangan sate pada waktu awal pagi.
Antara restoran atau kedai makan yang menyediakan hidangan sate untuk sarapan pagi ialah 'Restoran Sate Pn Rosnani' bersama suaminya En Haron b Samad terletak di Jalan Maharani berhadapan dengan Stesen Bas Ekpres dan Teksi Muo.  Mereka menjalankan perniagaan menjual sate sejak 30 tahun dahulu bermula secara kecil-kecilan. Perniagaannya semakin berkembang maju kerana rasa satenya yang begitu lazat. Kelembutan daging sate serta rasanya yang enak dan lazat menjadi igauan setiap pelanggan yang pernah menikmatinya.