Tuesday, July 27, 2010

Mengapa Manusia Berhenti Membesar?

[Khairunnisa Sulaiman cyberita.asia1.com]
SEMASA dilahirkan, secara purata bayi bersaiz satu kaki lapan inci dan dalam masa 20 tahun berikutnya, manusia berkembang tiga kali ganda dari dan mencapai ketinggian sekitar lima kaki lapan inci. Mengapa manusia tidak terus tinggi? Apa yang membuat tubuh berhenti meninggi? Dalam tubuh manusia, terdapat sistem kelenjar yang dinamakan kelenjar endokrin yang mengendalikan tumbesaran tubuh manusia. Kelenjar endokrin terdiri daripada kelenjar tiroid di leher, kelenjar di bawah otak yang menempel pada otak, kelenjar timus yang terdapat di dalam dada dan kelenjar kelamin.