Sunday, July 18, 2010

A Young Auto Mechanic from China [Melentur Buluh Biar Dari Rebung?]

Sudah menjadi tradisi masyarakat Cina, mendidik anak sejak daripada peringkat awal lagi. Begitulah apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak Cina di negara China ini.. Pekerjaan yang kebiasaannya dikendalikan oleh orang dewasa, tetapi kanak-kanak ini dapat melakukannya dengan begitu mudah hasil daripada asuhan orang tuanya yang berterusan tanpa mengenal erti pahit getir yang terpaksa dilaluinya, berbanding kanak-kanak lain yang seusia dengannya yang hanya cuma pandai meminta dan menangis sahaja. Berkat kesabaran dan ketekunannya kanak-kanak  ini berupaya melaksanakan tugasnya dengan baik sekali dan layak digelar mekanik kereta.
 Mungkin kita merasakan agak sukar untuk mempercayai, benarkah? Untuk makluman pembaca kanak- kanak ini bukanlah mangsa buruh kanak-kanak. Lihat foto-foto berikutnya...