Wednesday, June 23, 2010

Reka bentuk Taipei 101 Ilham Pokok Buluh

Menara Taipei 101 di Taiwan yang pernah menjadi bangunan tertinggi selama tiga tahun sebelum di ambil alih oleh Burj Khalifa di Dubai pada Januari lalu, dibangunkan mengikut reka bentuk pokok buluh. Bangunan 101 tingkat di bahagian atas dan lima tingkat di bahagian bawah itu sebelum ini dikenali sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Taipei.