Saturday, June 12, 2010

Jual Susu Badan Secara Online Untuk Tampung Kos Rawatan Bersalin

Seorang ibu muda dari Exeter, Britain menjual susu badan secara online sebagai cara menambah pendapatan sementara dirinya sedang produktif mengeluarkan susu badan selepas  melahirkan anak lelakinya  awal tahun ini.
Toni Ebdon, 26, menggunakan 'breast pump' untuk mengeluarkan susu badannya dan menyimpannya di dalam peti sejuk. Beliau memasarkan produk tersebut melalui website Gumtree dan ramai pula pelanggan yang berminat untuk membelinya. 
Walaupun tujuan asal mensasarkan jualan susu badan kepada ibu-ibu bersalin yang menghadapi masalah tidak dapat menghasilkan susu badan, namun Toni merasa terkejut apabila kebanyakan tempahan diterima daripada kaum lelaki.  Situasi ini nampak seperti pelik tetapi pada hakikatnya kaum lelaki dewasa yang membeli susu badan meminumnya untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan, merawat penyakit kanser, kencing manis dan diarrhea.