Saturday, May 22, 2010

Beginikah Asrama Pelajar Universiti Kyoto...

Sebuah daripada asrama lama pelajar Universiti Kyoto, Jepun yang dibina pada tahun 1913, diurus sendiri oleh pelajar-pelajar universiti tersebut. Dengan kadar sewa serendah  $27 sebulan, pelajar-pelajar  tinggal di asrama ini beberapa tahun untuk mendapatkan segulung ijazah. Kos sara hidup yang tinggi di Jepun memaksa pelajar-pelajar kurang berkemampuan tinggal di asrama usang. Namun, mereka amat cekal dan bersemangat menimba ilmu demi masa depan. 
Kebetulan channel 952 Astro Box Office sedang menayangkan sebuah filem Jepun yang berjudul 'Kamogawa Horumo' di mana 'filem movie' ini membuat penggambaran di asrama pelajar ini. Benarlah asrama pelajar seperti ini memang wujud. Oh...orang muo macam tidak percaya pada zaman moden di negara maju seperti Jepun masih terdapat asrama pelajar universiti yang begitu daif sekali. Memang hebat orang Jepun ni.

Orang muo nak tanya kepada anak-anak muda kita di Malaysia, sanggupkah anda belajar dengan kemudahan yang disediakan seperti ini? Lihat foto-foto berikut...