Tuesday, May 11, 2010

Pekan Rabu Alor Setar

Baru - baru ini orang muo ke utara menjemput anak sulung yang telah menamatkan pengajiannya di UUM selama 3 tahun. Kemudian singgah dan bermalam dibandar Alor Setar. Antara tempat popular di Alor Setar ialah Pekan Rabu.
Pekan Rabu yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah.  Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu.