Saturday, March 27, 2010

Murtabak Singapore

Murtabak Singapore begitulah nama diberi sempena tempat negara asal pemilik restoran ini. Satu lagi identiti bagi daerah Muo / Ledang selain Mi Bandung Muo, dan Sate. Restoran Murtabak Singapore yang terletak di Jalan Tanjung Agas, iaitu laluan dari Muar ke Melaka cukup popular bukan saja bagi warga Muo malah ia juga turut dikenali oleh penggemar murtabak dari daerah lain di Johor, Singapura dan juga Melaka.