Friday, March 12, 2010

Today : Hati Gajah Sama Dilapah, Hati Kuman Sama Dicecah


Kais pagi makan dua pagi, kais  petang makan dua petang...begitulah keadaan sebenar hari ini yang berlaku di Zimbabwe. Penduduk Zimbabwe sedang mengalami krisis kekurangan makanan amat kritikal. Betapa derita dan sengsaranya mereka sehingga sanggup makan apa saja termasuklah bangkai Sang Gajah tua ini.

Sang gajah yang sudah berusia 70 tahun telah mati di Gonarezhou National Park. Hanya dalam masa 1 jam 40 minit, keseluruhan anggota badan gajah yang beratnya 6 ton ini habis licin dilapah oleh penduduk-penduduk yang sedang kelaparan. [Lihat foto berikutnya]