Wednesday, March 3, 2010

Disisihkan Ibu Bapa Kerana Tidak Serupa

Seekor anak singa comel telah dilahirkan oleh sepasang singa bernama Alex and Saharav pada 8 Februari lalu di Mystic Monkeys & Feathers Wildlife Park Pretoria, South Africa.

Namun apa yang istimewanya, anak singa ini , Lilly, dilahirkan dengan bulu badannya berwarna putih. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana si bapa tidak mengasihaninya, malah cuba bertindak agresif terhadapnya gara-gara bulu badannya tidak sama dengan kedua-dua ibu bapanya.