Monday, March 1, 2010

Sanggup Menderita Untuk Mendapatkan Foto "Perfect Image"

Jurugambar hidupan liar, Greg du Toit sanggup menderita kerana cita-cita dan usahanya untuk merakam aksi-aksi natural Sang Singa sedang minum di sebuah kolam Nguruman Hills, Kenya, 3 batu dari perkampungan kaum Masai.

Beliau sanggup berendam di dalam kolam yang kotor dan berkuman selama 3 jam setiap hari pada waktu haiwan-haiwan ini datang ke kolam untuk minum. Rutin ini dilakukan setiap hari selama 3 bulan [270 jam ]!

Dalam tempoh tersebut beliau telah diserang penyakit demam malaria berdarah sebanyak dua kali yang hampir meragut nyawanya.