Sunday, January 31, 2010

Di Tepi Pantai Yang Indah...

Pantai Tumpuan Telisai Brunei...tempat penyu bertelur dahulu kala
Seharian berblog...mari bersama menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa nun jauh di seberang lautan, kepulaun Borneo, Brunei Darussalam.
Cerita sebenarnya, kerajaan Brunei sedang berusaha untuk menyelamatkan aset negara tersebut iaitu pokok-pokok telisai yang berusia ratusan tahun daripada pupus disebabkan hakisan tanah di tepi pantai serta ombak kuat. Air masin juga menyebabkan akar pokok telisai rosak dan mengakibatkan pokok-pokok ini mati.