Sunday, January 3, 2010

Kanak-kanak 7 Tahun Pelukis Genius Profesional


Kieron Williamson,  7 tahun tinggal bersama keluarganya di Holt, Norfolk, seperti kanak-kanak yang lain tetapi mempunyai keistimewaan luar biasa.

Kanak-kanak ini berkebolehan menghasilkan lukisan-lukisan cat air dan krayon setaraf dengan pelukis profesional selepas mengalami satu kemalangan  semasa usianya 5 tahun.

Baru-baru ini dia mengadakan galeri pameran di rumahnya dan berjaya menjual lukisannya hanya dalam tempoh 14 minit. Dia berjaya mendapat hasil jualannya sebanyak £18,200 ($41,136).
Pada masa sekarang seramai 680 orang pelanggan sedang menunggu giliran menempah hasil lukisannya.

Hebat bukan.  Anugerah Ilahi... Anak kita bagaimana? Masing-masing ada kelebihannya..jangan mengeluh bersyukurlah...jangan lupa berusaha la... tengok lukisan hasil karya kanak-kanak ini...