Subscribe Us

Wanita Cacat Anggota Separuh Badan Menjadi Ibu

Denmark - Seorang wanita yang sejak dilahirkan  hanya sebahagian anggota tubuh badan tanpa kaki dan hanya sebelah tangan kini menjadi seorang ibu setelah melahirkan seorang bayi comel. Wanita berkenaan, Melek, 24, bersama pasangannya, Mehmet begitu gembira sekali dengan anak mereka, Semih.
Pasangan ini pertama kali bertemu ketika mereka masih berusia 14 tahun, diperkenalkan oleh teman-teman keluarga selepas Mehmet berpindah ke Denmark dari Turki, dan perlahan-lahan mereka berdua jatuh cinta.

"Saya telah mempunyai banyak teman wanita lain tapi tidak pernah mempunyai perasaan seperti cintanya terhadap Melek," kata Mehmet.
Pasangan ini menjadi kekasih ketika mereka 18 tahun, kemudian berhijrah bersama-sama sebelum berkahwin di Turki dua tahun lalu, walaupun kesatuan mereka tidak diiktiraf di Denmark.

Melek berkata: "Kami selalu inginkan anak dan kami sangat gembira apabila disahkan saya hamil  .."
Namun, baik doktor dan keluarga Melek amat  bimbang tentang bagaimana tubuhnya dapat  menghadapi dan  mengatasi kesukaran semasa mengandung.  Dia bertekad untuk melahirkan secara normal tetapi tidak kesampaian apabila air tuban tidak terduga pecah.

Melek melahirkan Semih melalui pembedahan caesarean dengan berat 4kg dalam keadaaan normal dan sihat.
Selepas meninggalkan hospital, sebagai seorang ibu baru, Melek terpaksa belajar mengurus bayi dengan  cepat memandangkan keadaan tubuhnya yang tidak seperti ibu-ibu yang lainnya,  begitu juga dengan Mehmet.
Melek menambah: "Keluarga dan rakan-rakan semua mengatakan bahawa mereka  dengan senang hati akan membantu.  Kami berusah untuk mendapatkan apartemen yang lebih besar yang mempunyai lif, ruang untuk bayi dan ruang untuk kami anjing Chanel .." [sumber : web.orange.co.uk /diterjemah oleh orangmuo.com]

Catat Ulasan

6 Ulasan

Uji Hussein berkata…
kagum dengan wanita begini.Bukan mudah nak mengandung, bersalin jaga anak.
Mr. Asada berkata…
hebat dia ni walaupun dalam keadaan camtu..
eMMe berkata…
walaupun diri serba kekurangan, namun ada kelebihan dia...
Tepoh Dock berkata…
tabahnyer die...kagum dgn org yg tabah...
Unknown berkata…
(kaku.)
Miss b berkata…
kagum dengan lelaki tu

cinta tak kenal erti rupa paras. T_T