Wednesday, December 15, 2010

Profesor Perubatan Taiwan Mengebumikan Pelajarnya Hidup-Hidup

Profesor sebuah sekolah perubatan Rende Medical College,Taiwan, Qiu Daneng memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajarnya  sebagai mayat, supaya mereka menghargai setiap detik kehidupan mereka. Pelajar  dikehendaki masuk ke dalam keranda, kemudian diturunkan ke dalam lubang di bawah lantai, sebagai cara memberi mereka wawasan tentang kematian. Dengan demikian pengalaman berada di dalam kubur dapat merangsang mereka sebagai doktor perubatan untuk melakukan yang terbaik terhadap kehidupan pesakit.  Sebelum dimasukkan ke dalam keranda mereka dikehendaki membuat wasiat , kemudian mengenakan pakaiaan mayat. Mereka perlua berada di dalam lubang kubur selama 10 minit. Qiu Daneng mengatakan bahawa "walaupun hanya 10 minit, kesannya sama dengan kematian yang nyata", dan diperakui oleh pelajar-pelajar yang lain.  " Saya merasakan seperti dilahirkan kembali ketika  keluar dari keranda dan sekarang saya tahu bahawa setiap detik kehidupan begitu bermakna sekali."  Kata Xiao Lin, salah seorang mahasiswa yang mengakui keberkesanan kaedah pembelajaran profesornya.

12 comments:

ASaDa RyutaRo said...

baru suh try 10 minit je. kalau berjam-jam, entah2 boleh trauma..

whitecappuccino said...

Agaknya pelajar kita nak ke buat macam ni?

akuanakpahang said...

Silap2 letak sudah.. terus jadi mayat baru kacau :)

█♥..ukHra..♥█ said...

ada ada saja.. nambah pengalaman juga tuu kwkwkw

SyUhAdA said...

wah..
nsib baik kat M'sia..
klau kat sne..
habislah..
msti kna jgk..

Biela Sapine said...

10 minit pun bagai kan berjam jam woo

wadud@duad said...

pergh lain macam pemikiran drang.. mmng kaw lar..

eQuRlz said...

klu wat kt malaysia, mesti ada yg xberani nk cuba agaknya..hehehe

anamizu said...

huishh kalo kt mlysia ni cmne la gamaknye ye..ngee~~

azie said...

bagus gak bt mcm tu baru la sedar hidup yg Tuhan bg ni btl2 brmakna..:)

toyolkiut said...

cmne rasa mati? mana ada yg tau..xde siapa yg mati idup semula kan??..
klau ada, bnyk mende blh dicerita..

YOUsoF said...

Pengalaman yang betul² berguna tu..