Monday, December 27, 2010

Petua : Kulit Buah Tembikai Atasi Masalah Rambut Gugur

Rambut  gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapainya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita.
Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.
Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan  memang digemari semua orang ternyata berkhasiat  dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Caranya mudah. Setelah anda memakan isinya, jangan dibuang kulitnya. Bahagian isi kulit tembikai yang berwarna putih  amat mujarab digunakan untuk mengubati rambut gugur.
Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu  supaya keluar cairan.  Kemudian gosokkan  pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali. Selamat mencuba! [suaramerdeka.com/]

Friday, December 24, 2010

Kanak-Kanak 3 Tahun Terbeban Merawat Bapanya Yang Terlantar Akibat Kemalangan

BEIJING - Gambar seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Leling, wilayah Shandong China Timur mengurus ayahnya yang  lumpuh telah menghasilkan gelombang simpati daripada semua pihak.  Gambar upload oleh seorang lelaki dikenali dengan nama samaran Pan, dalam sebuah forum Baidu, menunjukkan Dong Xinyi, 3 tahun, memberikan rawatan setiap hari terhadap ayahnya tersebar dengan pantas di internet, memberikan anak kecil ini mendapat simpati orang ramai.  
Ditinggalkan isterinya empat bulan selepas kemalangan itu, Dong Jianshe, 26 terpaksa melatih  anaknya belajar untuk melakukan pelbagai pekerjaan  dari memasak mi hinggalah mengambil air dari tong sedangkan sebahagian besar rakan-rakannya menikmati belaian kasih sayang ibu bapa mereka.

Wednesday, December 22, 2010

Ritma Jantung Tidak Normal Dan Strok

Salah satu jenis penyakit jantung ialah apa yang disebut sebagai atrial fibrillation (AF) iaitu keadaan ritma jantung yang tidak normal.  Ia menyebabkan degupan jantung tidak tetap - sama ada terlalu cepat atau terlalu perlahan.  Keadaan ini boleh meningkatkan risiko seseorang menghidap strok atau angin ahmar.

Menurut perangkaan, sehingga kini, tiga juta manusia di seluruh dunia menghidap strok yang berkaitan dengan AF setiap tahun.  Seorang daripada setiap empat orang berusia 40 tahun ke atas pula didapati akan mengalami AF dalam hayat mereka, menjadikan penyakit ini jenis masalah ritma jantung tidak normal yang paling biasa dihidapi di seluruh dunia.
Namun, kajian-kajian menunjukkan bahawa strok yang berkaitan dengan AF boleh dicegah dengan menjalani diagnosis dan rawatan awal.
APAKAH 'ATRIAL FIBRILLATION'?

Tuesday, December 21, 2010

Susu Ibu Jadikan Anak Lelaki Lebih Cerdas Tetapi Bukan Untuk Anak Perempuan?

UK- Kajian mendapati bahawa kanak-kanak  lelaki yang menyusu  ibunya sekurang-kurangnya 6 bulan mempunyai otak yang cerdas dalam bidang matematik, kemahiran membaca dan menulis [3M] berbanding kanak-kanak yang minum susu formula, tetapi tidak berkaitan dengan kanak- kanak  perempuan. 

Kajian tersebut melibatkan kanak- kanak berumur 10 tahun antara kanak-kanak menyusu ibu dan susu formula.   Penyelidik dari University of Western Australia’s Telethon Institute for Child Health Research telah melakukan ujian standard ke atas 1038 anak laki-laki dan perempuan yang berumur 10 tahun.
Analisis mengambil kira kelas sosial, taraf pendidikan ibu dan jumlah masa yang dihabiskan untuk anak membaca.  
Susu ibu kaya dengan asid lemak amat penting untuk perkembangan sel otak tetapi para penyelidik tidak pasti   mengapa ia hanya memberi kesan menguatkan mental  untuk anak laki-laki sahaja.
Ini berkemungkinan bahawa otak anak-anak perempuan sudah menerima makanan daripada estrogen hormon seks. Justeru lemak sihat dalam susu ibu adalah khusus untuk

Monday, December 20, 2010

Lelaki Tua Mendirikan Rumah Atas Pokok Lengkap Dengan Kemudahan Internet

Seorang lelaki tua 63 tahun di Yiyang, Central China's Hunan membina sebuah rumah di atas sebatang pokok setinggi 15 meter tinggi dari atas tanah
Berinspirasikan Stadium Utama Olimpik Beijing 2008, Bird's Nest, Xiong Yuhu memulakan pembinaan rumah di atas pokok tersebut pada April.

The World’s Top 10 Universities, 2010

Name: University of Cambridge
Score: 100.00
Location: Trinity Lane, Cambridge CB2 1TN United Kingdom

Saturday, December 18, 2010

Sistem Baru Imbasan Cap Jari Menggantikan Username & Pasword Untuk Website

Tidak lama lagi kaedah  menggunakan password dan ID akan digantikan dengan sistem baru yang lebih selamat iaitu imbasan cap jari apabila anda hendak online melayari website. Dengan sistem ini kita tidak lagi menghadapi masalah lupa password atau id yang mana majoriti pengguna sekarang mempunyai lebih daripada 5 akaun online untuk mengakses  laman web tertentu.  Teknologi baru  yang dimaksudkan ialah sistem imbasan cap jari automatik. Segalanya akam menjadi lebih mudah dengan menggunakan sistem baru ini dan ia dijamin lebih selamat daripada penceroboh atau penggodam [hacker]

Friday, December 17, 2010

Bra Magnetik Inovatif Impian Wanita

London:  Pemakaian bra adalah rutin setiap hari bagi  kaum wanita  yang sering menghadapi masalah mengenakan pencangkuk bra di bahagian belakang . Kini, masalah untuk mengikat dan melepas bra yang menggunakan kancing cangkuk dan mata boleh di atasi untuk selamanya. Bra yang inovatif dan praktis kini telah direka dengan begitu rupa oleh Parisian Laetitia Schlumberger untuk menggantikan bra yang lama.  Pengancing atau cangkuk diganti dengan

Burger dan Stik [Steak] Ikan Yu Untuk Stamina?

Bandung: Bagi penggemar burger atau stik, ada menu yang mesti dicuba. ..burger ikan yu!  Aroma burger dan  stik ini pastinya membuka selera. Untuk mendapatkan burger ikan yu anda perlu pergi ke Bandung, Indonesia ya pak he he.
Menu ini memang menjadi kegemaran warga tempatan dan boleh didapati di Teras Bambu Cafe di Kota Bandung, Jawa Barat kerana khasiatnya terutama untuk golongan lelaki yang sudah beristeri. Burger dan stik ini menggunakan ikan yu  yang masih kecil [anak ikan yu ].  Setelah dihiris dan dicuci, daging ikan yu ini dicampur dengan bawang putih dan dilumur dengan adunan rempah-ratus selain untuk menghilangkan bau hanyir, tentu saja agar rasanya bertambah lazat.  Kemudian daging dibakar atau digoreng.

Thursday, December 16, 2010

Wanita Cacat Anggota Separuh Badan Menjadi Ibu

Denmark - Seorang wanita yang sejak dilahirkan  hanya sebahagian anggota tubuh badan tanpa kaki dan hanya sebelah tangan kini menjadi seorang ibu setelah melahirkan seorang bayi comel. Wanita berkenaan, Melek, 24, bersama pasangannya, Mehmet begitu gembira sekali dengan anak mereka, Semih.
Pasangan ini pertama kali bertemu ketika mereka masih berusia 14 tahun, diperkenalkan oleh teman-teman keluarga selepas Mehmet berpindah ke Denmark dari Turki, dan perlahan-lahan mereka berdua jatuh cinta.

Wednesday, December 15, 2010

Profesor Perubatan Taiwan Mengebumikan Pelajarnya Hidup-Hidup

Profesor sebuah sekolah perubatan Rende Medical College,Taiwan, Qiu Daneng memberikan pengalaman kepada pelajar-pelajarnya  sebagai mayat, supaya mereka menghargai setiap detik kehidupan mereka. Pelajar  dikehendaki masuk ke dalam keranda, kemudian diturunkan ke dalam lubang di bawah lantai, sebagai cara memberi mereka wawasan tentang kematian. Dengan demikian pengalaman berada di dalam kubur dapat merangsang mereka sebagai doktor perubatan untuk melakukan yang terbaik terhadap kehidupan pesakit. 

Tuesday, December 14, 2010

Ciptaan Baru : Inkubator Kos Rendah Berkualiti Tinggi Selamatkan Berjuta-Juta Bayi

Inkubator bayi teknologi baru telah tercipta dengan kos yang amat murah hanya £365 [RM400] boleh menyelamatkan berjuta-juta nyawa di seluruh dunia.  Inkubator yang berfungsi menghangatkan bayi  ini direka untuk digunakan di negara-negara membangun  di mana inkubator tradisional terlalu mahal di sekitar £15 000 [RM 90 000.00] menyebabkan penggunaannya amat terhad.
Bagaimana inkubator baru kos rendah berkualiti tinggi  ini berfungsi menghangatkan bayi? 

Monday, December 13, 2010

Melihat Pemandangan Alam Mampu Tingkatkan Daya Ingatan

Mengisi masa terluang dengan menikmati keindahan alam menghijau sambil berinteraksi dengannya tentu mengasyikkan. Bersahabat dengan alam ini dipercayai dapat meningkatkan daya ingatan seseorang. Jika anda tidak berkesempatan untuk beriadah, anda tidak perlu risau . Sekadar melihat foto atau gambar pemandangan alam saja ternyata mampu meningkatkan daya ingatan dan membuat ketetapan tumpuan anda sehingga 20%.

Sunday, December 12, 2010

Bayi Belajar Bertutur Sejak Dalam Rahim

Bayi sejak dalam rahim telah mengenali suara ibunya dan mampu mempelajari bahasa tersebut. Mengajaknya berbicara dengan aktif dapat melatih kemampuannya petah bertutur selepas dilahirkan.
Kesimpulan itu diperoleh melalui kajian oleh Effects of Experience on Fetal Voice Recoqnition yang memainkan rakaman puisi China selama 2 minit terhadap 60 orang perempuan hamil. Selama rakaman diputar, degup jantung bayi yang masih di dalam rahim juga dipantau untuk melihat bagaimana bayi bereaksi.

Friday, December 10, 2010

Umur 6 Tahun & Dah Dapat Adik Pun Masih Nak Menyusu Ibu Lagi

Yorkshire-  Sesuatu yang jarang berlaku apabila seorang anak yang sudah berumur 6 tahun masih lagi menyusu badan. Begitulah yang terjadi ke atas seorang ibu muda, Amanda Hurst, 29, tinggal di Selatan Hemingfield terpaksa menyusukan bayinya yang berusia 5 bulan bersama anak sulungnya yang berusia 6 tahun.  Jonathan, 6 tahun masih enggan bercerai susu ibu walaupun dia sudah mempunyai adik kecil. Sejak berumur 3 tahun ibunya sudah mencuba untuk memisahkan Jonathan daripada susu ibunya tetapi dia enggan. Sifat kasih sayang ibu yang mendalam terhadap anak membawa Amanda Hurst terus menyusukan Jonathan sehingga sekarang. Oh tidak... :)

Thursday, December 9, 2010

Amalan Bersenam Setiap Hari, Nenek 82 Tahun Masih Cergas & Sihat

Amat jarang kita melihat seorang nenek tua berumur 82 tahun masih mampu melakukan aktiviti senaman seperti orang muda. Zhao Yufa yang tinggal di Beijing mengamalkan senaman unik gabungan daripada Yoga, Wushu dan Qigong [breathing exercise]  selama 3 jam pada setiap hari. Amalan ini memberikan impak yang amat baik terhadapnya kerana tubuhnya masih cergas dan sihat. Foto-foto yang tertera ini membuktikan rahsia nenek Zhao Yufa kekal cergas dan sihat. Alah bisa tegal biasa...sungguh mengagumkan.

Monday, December 6, 2010

Kreatif & Inovatif : Belut Elektrik Menyalakan Lampu Hiasan Pokok Krismas

Sorang pemilik kedai akuarium  di Jepun telah mencipta idea inovatifnya apabila menggunakan belut elektrik untuk menjana kuasa elektrik bagi menghidupkan lampu hiasan pada pokok krismas setinggi 6 kaki 6 inci. Pemilik belut berkenaan meletakkan seekor belut di dalam sebuah akuarium khas yang mengandungi dua panel aluminium.
Setiap kali  belut ini bergerak ia akan menjana kuasa sebanyak 800 watt dan terus mengalirkan kuasa elektrik tersebut melalui panel aluminium  bertindak sebagai elektrod yang disambungkan pada wayar lampu hiasan pokok krismas

No hiding place from new U.S. Army rifles that use radio-controlled smart bullets

Senjata futuristik terkini rifel model XM25 ciptaan USA ini menggunakan peluru pintar yang diprogram untuk meletup ketika mereka telah melakukan perjalanan jarak tertentu, yang membolehkan musuh menjadi sasaran di mana pun mereka bersembunyi. Senjata berpeluru pintar berukuran 25mm mengandungi cip yang menerima isyarat daripada  alat  kawalan radio telah digunakan oleh pasukan tentera Amerika untuk membunuh pejuang Taliban di Afghanistan baru-baru ini.
Senjata ini juga mempunyai jarak liputan 2,300 meter sehingga memungkinkan untuk mencapai sasaran yang tepat. [Secanggih mana sekalipun sesuatu itu jika tanpa izinNya maka ia tidak akan mampu memberi bekas kepada sesiapa yang dikehendakiNya, Subhanallah]

Saturday, December 4, 2010

Serangan Jantung Tiba-Tiba: Apakah Langkah Pertama Pertolongan Cemas Untuk Merawatnya?

Jangan ambil mudah masalah gangguan pada jantung anda.  Gangguan pada jantung boleh datang pada bila-bila masa saja dan mungkin membawa maut.
Sebagai contoh setelah anda sibuk kerja seharian, sedang dalam perjalanan pulang tiba-tiba anda merasa sakit yang teramat di dada dan mulai menjalar ke lengan kemudian  dagu, sedangkan  jarak ke rumah sakit yang terdekat kira-kira masih 5 km. Lebih malang lagi, anda tidak tahu apakah anda mampu bertahan sampai sejauh itu. Bagaimana cara pertolongan pertamanya?

Bagaimana Ular Boleh Menelan Makanan 6 Kali Saiz Badannya

Snakes have some enormous powers that lie in the flexibility of their skin. Eggs are generally 6 times the size of the snakes mouth. It is not funny to take in the whole egg in the stomach in one piece then swallowing and pumping out the remains. This video is really amazing. And a bit shocking too as we never imagined that kind of snakes power display.

Wednesday, December 1, 2010

Beruang kutub mengembangkan taktik baru untuk melindungi anak daripada kesejukan

Seorang pengkaji perlakuan haiwan telah mengesan fenomena perubahan perilaku beruang kutub membawa anaknya di atas belakangnya setelah berenang dengan tempoh masa yang lama kerana jarak yang jauh melewati air sejuk disebabkan ais mula mencair atas faktor perubahan cuaca ke musim panas.
Perjalanan di atas punggung ibu akan memberikan kehangatan pada tubuh anak beruang kutub yang belum mempunyai lapisan lemak yang cukup setelah begitu lama berada di laut [dalam air sejuk].