Sunday, November 14, 2010

Tikus Sniffer Penjejak Periuk Api Di Mozambique

Kebanyakan kawasan tanah pertanian di Mozambique masih dipenuhi dengan periuk api akibat peperangan saudara yang berakhir pada 1992. Dianggarkan 20 orang ditugaskan untuk mengesan dan membersih bahan api berbahaya itu pada setiap bulan. Hampir 60% kawasan tanah pertanian di Mozambique masih di bayangi dengan periuk api tinggalan perang saudara yang berlarutan. 
Sebagai alternatif mengesan periuk api, pasukan pemusnah bahan letupan menggunakan tikus-tikus yang telah dilatih untuk mengesan periuk api.
Tikus mempunyai deria bau yang kuat dan cukup kecil untuk tidak meletupkan periuk api. Setiap kali tikus-tikus ini mengesan letupan, mereka membuat suara mengklik dan menerima sedikit pisang sebagai hadiah.  Dengan bantuan tikus pengesan, sebahagian besar kawasan pertanian telah dapat dibersihkan daripada bahan letupan ini.
Tikus pengesan menerima habuan setelah berjaya mengesan letupan

1 comment:

azhar said...

satu idea yg bernas...