Friday, November 5, 2010

Luar Biasa : Wildebeest Mampu Menakluk Sang Singa

Singa terkenal dengan kemampuan berburu. Sebagai  haiwan yang paling berkuasa di planet ini, kucing besar ini sering menguasai sebahagian besar haiwan sama ada di kawasan dataran di Afrika atau belantara di India.
Kepantasan mengesan dan memburu mangsa menjadi igauan buruk buat penghuni yang menjadi mangsa kerakusan Sang Singa. Namun kadang-kadang peraturan alam boleh berubah arah sebaliknya apabila pemburu yang digeruni menjadi mangsa yang diburu.
Sebuah episod yang luar biasa telah berjaya dirakam  di tepi sungai Talek, Masai Mara di Kenya mendedahkan bagaimana dengan berkat keberanian Wildebeest, rusa kutub muda ini dapat menundukkan  Sang Singa . Kisahnya bermula ketika sekumpulan wiledebeest sedang berehat, tiba-tiba beberapa ekor singa remaja berumur 3 tahun cuba menyerang untuk dijadikan habuan. Tidak disangka, wildebeest yang mahu diburu betindak mempertahankan diri dengan mengacah-acah dan menanduk. Akibat pengalaman berburu  yang masih mentah, singa-singa tersebut akhirnya tewas dan lari meninggalkan tempat wildebeest berehat. [dailymail.co.uk]
Despite having been wounded by its larger adversary, the six-month-old wildebeest rose like Lazarus to frighten off its natural predator
With the element of surprise and stunning fearlessness at its disposal, the wildebeest's retaliation spooked the cowardly lion who sprinted away in disgrace

11 comments:

FMZam said...

Salam Orang Muo,

Sori kawan nyampok sikit, cerita tu betul tapi bila kau sebut Sang Raja Rimba tu tak betul sebab tu bukan singa jantan, tu singa betina, jadi yang betulnya bukan sang raja rimba tapi sang suri rimba....jangan mare ye..

orang muo said...

yelah betul tu sori salah taip :) nak buat pembetulan

Mohd Hafiz said...

hukum alam..
semuanya ketentuaan Alloh swt..
salam ukhwah dr saya.. :)

Ain said...

kecik tak semestinya lemah kan...

seribahasa.com said...

ada kalanya yang kecil tu kalau mengigit sakit juga.

aima said...

sebab suri rimba tu belum cukup pengalaman tu

thomas said...

Anak singa baru belajar memburu si wildebeest boleh menanglah.

shark said...

huh
jgn disangka kurus itu lemah

Ali Imron said...

hahaha,, ga slamanya makhluk yg biasanya lemah itu lemah,,

kreatifbuzz said...

Haaha...mungkinkah tikus akan buat cmtu kpd kucing??hoho

Fantastic Ajane said...

wah hebat ni...ari tu ada nmpk wildbeast kat zoo melaka.. unik tul..:)