Subscribe Us

Lelaki Bangla Terima 100 Kali Sebatan Mengaku Melakukan Hubungan Seks Dengan Pembantu Filipina di UAE

Dubai-Seorang lelaki warga Bangladesh telah menerima hukuman sebatan sebanyak 100 kali setelah didapati bersalah oleh mahkamah syariah melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu rumah warga Filipina UAE. Pasangan tersebut juga diperintahkan diusir dari negara tersebut setelah hukuman berat dijatuhkan di Sharjah, Dubai.
Polisi menangkap pasangan itu setelah pemilik rumah yang juga agen pembantu rumah melaporkan dia melihat laki-laki yang  hanya dikenalpasti sebagai SM, meninggalkan rumah pasangannya. Pasangan kekasih itu kemudian mengaku melakukan hubungan seks beberapa
kali di rumah agen pembantu rumah tersebut. Mereka telah melanggar undang-undang syariah negara UAE dan terpaksa menerima hukuman berat kerana kedua-duanya Muslim.
Menurut undang-undang Syariah jika umat Islam melakukan perzinaan mereka akan dirotan dan diusir jika mereka adalah beragama Islam, tetapi non-Muslim hanya akan dipenjara dan diusir dari negara berkenaan..
Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan diperintah oleh pemimpin beragama Islam, seharusnya Malaysia juga mampu menguatkuasakan undangundang syariah.  Apatah lagi dengan masalah sosial yang semakin kritikal seperti kes pembuangan anak luar nikah hasil hubungan sek terlarang, maka molek benar jika pihak berkuasa menggunakan sistem perundangan Islam [Hudud] sebagaimana yang telah termaktub dalam peraturan dan undang-undang Islam yang sememangnya lengkap.  
Kepada mereka warga Malaysia yang bukan beragama Islam, mereka tidak seharusnya bimbang lalu menentang sistem ini kerana sistem perundangan ini lebih melibatkan warga yang beragama Islam sahaja. [ Pandangan penulis bukan bersifat rasis. harap maklum]

Catat Ulasan

11 Ulasan

Aku Anak Pahang berkata…
Subahnallah.. itu baru hukuman dunia. semoga kita sama2 dapat muhasabah diri.
Entri Terbaru "Jom jalan-jalan carik apam !"
Abu Uwais berkata…
bagus sgt. memang itu je sepertimana yg telah ditetapkan
Encik MamaT berkata…
kalau sebatan kat penjara.. aku igt mati dah orang tu...
Gilbert Juan berkata…
aku setuju dengan @En.Mamat
amie berkata…
erkkk
huhuhuhuh
James Buns berkata…
ala dekat malaysia lg advan.

romen dpn KLCC pn tak ada apa2 tindakan

relex ja....

ish4..
Almy berkata…
Moga ramai yang insaf dan tak cuba untuk berzina lagi...
Rohani Hashim berkata…
100 kali??? ishhh...
ASSOYFINGER67 berkata…
lepaslah dia dari dosanya......
Tanpa Nama berkata…
uh..sakitnye..melelas kulit..tp kalau sebatan kat malaysia..xsampai 10 rase org yg kena sebat dh lembik..
pheehhh tak sanggup oiii...sampai nampak isi tu...sedapnyer kejap jer...sakit sampai ke tulang belulang tu...nauzubillah...apa-apapun zures tetap sokong hukuman hudud dijalankan...