Thursday, November 4, 2010

Kunig Telur Tidak Baik Untuk Pesakit Jantung

London: Telur adalah bahan makanan bergizi yang mudah diperoleh dengan harga yang mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat. Telur juga mengandungi kadar protein, vitamin, dan mineral tinggi. Di sebalik semua kelebihan itu, ternyata telur memiliki kesan yang kurang baik terutamanya bagi mereka mengalami masalah  jantung.
"Kami ingin menghapus persepsi  yang mengatakan bahwa mengonsumsi kuning telur tidak memberikan efek buruk terhadap kesihatan. Faktanya adalah kuning telur memiliki efek berbahaya bagi mereka yang menghadapi risiko serangan penyakit jantung," kata David Spence dari Universiti Western Ontari di London.
Kajian yang dilakukan oleh para penyelidik  dari Universiti Western Ontari mendapati bahwa amalan makan kuning telur secara berlebihan boleh mengganggu kesihatan jantung. Hal itu disebabkan kandungan tinggi kolesterol yang mencapai 215-275 miligram pada kuning telur, penyebab utama penyakit jantung.

Para doktor di Britain itu menyarankan para pesakitnya yang memiliki risiko serangan penyakit jantung, supaya mematuhi pola makan mereka yang telah ditetapkan untuk mengurangkan tahap paras kolesterol dari makanan yang mereka ambil kurang daripada 200 miligram per hari.

8 comments:

CeeKeen said...

ye ker??baru tau..fakta yg menarik nih...

Kalamhati said...

dapat satu maklumat baru..tq!

simply nana said...

risau gak,anak saya kalu boleh setiap hari nk makn telur ngan nasi.

uncle aziz said...

adehmak!! teruk la macm ni.. uncle penagih tegar telur kuning ni.. =(

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

~~adeh..Nakal pengemar telur kuning..uhuhu

~~thnks bro muo info ni

~~pas ni kena cuba elakkan la

utk kesihatan

yahaya said...

awas telur burung puyuh 3 kali telur biasa.doktor bg tau

FMZam said...

Salam Orang Muo,

Syukur dan terima kasihlah kerana ada jugak hambaallah yang sudi bagi peringatan pada kita semua dalam kita sering terlupa kerana tenggelam dalam keenakan masakan telur. Telur itik goreng garing makan dengan nasi taruk kicap pun dah sedap, dulu tu lah mak kawan bekalkan ke Sekolah Parit Kadzi bungkus dengan daun pisang, sampai sekarang pun kalau lunch mesti tak miss telur itik masak pucuk paku lemak cili padi yang abang tu pulak tak miss jual di gerai dia.....Adus..dah nak kena stop lah nampaknya, tapi apa2 pun thank you lah sebab nasihat yang baik ni tak baik disia2kan.

Irnie said...

abis tu camne eh..?? ape kite nk wat ng kuning telur tu.. telur tu da mmg stok wajib kat umh.. senang adik² nk bljr masak sendiri.. ehhe cam xde lauk lain plak kn.. byk beno alasan ;)