Subscribe Us

Awas! Wifi Laptop Menjejaskan Kualiti Sperma


Amaran buat para lelaki yang belum berkahwin atau belum mempunyai anak! Laptop boleh menjejaskan kualiti sperma anda! 


Menurut satu kajian saintifik tentang laptop, penyelidik menemui Wi-Fi pada laptop boleh menyebabkan kerosakan pada DNA sperma.


Para penyelidik mempelajari bagaimana pancaran Wi-Fi pada laptop atau radiasi gelombang mikro memberi kesan terhadap pengeluaran sperma. Dalam kajian itu, lelaki yang terdedah dengan pancaran radiasi gelombang mikro hanya dalam tempoh 4 jam, sperma mereka akan mengalami kerosakan DNA, serta pengurangan pergerakan sperma.

"Ini adalah amaran. Saya rasa kita tidak harus bergegas keluar dan berhenti menggunakan laptop, tetapi saya fikir jika anda menggunakan laptop, elakkan meletakkan laptop anda pada pangkal paha," kata Dr Dale McClure, ahli urologi dan pakar kesuburan lelaki dari Universiti Washington di Seattle. 


Kajian  ini telah  dibentangkan  oleh penyelidik Argentina di Denver di American Society untuk Persidangan Perubatan Reproduktif.


Kajian awal sebelum ini tentang radiasi gelombang mikro daripada telefon bimbit juga menyebabkan kualiti sperma terancam. Justeru, anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan telefon bimbit anda di dalam poket seluar.


Sementara menanti kajian selesai dijalankan, sekali lagi anda [kaum lelaki] diperingatkan " Jangan letakkan laptop anda pada pangkal peha! Jangan letakkan laptop anda di atas riba!" 
[sumber : Renee Haines, China Daily-Agencies]

Catat Ulasan

14 Ulasan

Mr. Asada berkata…
hoOo.. jangan letak hp daalm poket seluar. maksudnya kena letak kat tempat lain lah ni. hurmm..
uish
biaq betol habaq hang???
ghost berkata…
macam-macam...ada2 saje kajian dowank buat.ntah betul ntah tidak.
Dzasc Skachers berkata…
pergh ada jer efect..
bahaya tol zaman sekarang..
huhuhuh
mush berkata…
owwh tidak..adik2 ku..selamat kn mereka..

(eh vantage ke ni,murah nye..)
misza berkata…
kesan sampingan jangka masa pjg...
nur choki choki berkata…
kalu yang pompuan???
AngahSayang2314 berkata…
eh betul ke??? ermmmmm

4llow uu jom tukar2 link
Unknown berkata…
aih..ni yag buat rasa tak sedap hati ni. dah lah belum kawin, tiap2 hari kerja mesti mengadap laptop.. arrrr
gnesop berkata…
mmg wave beri masalah kesihatan..
sbb tu byk produk yg atasi masalah wave ni..
Tanpa Nama berkata…
fuhh . bahayanya . so kaum adam , "hati-hati lahh " hehehe
Faisal berkata…
wah.bahayanya kalu mcm tu..
Mohd Firdaus berkata…
nice info..bleh copy..nk sebarkan kt mmber2 laki yg lain..
aziramsa berkata…
emm maknanya kalau ikut kajian ni, zaman akan datang kemungkinan kalahiran generasi baru akan berkurang.bahaya tu.hihihi.bersedia ke nak buang laptop mahal2 weh.;-)