Tuesday, November 30, 2010

Campuran Kopi Dan Gula Membantu Meningkatkan Prestasi Otak

London-Satu hasil kajian daripada penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Kesihatan Human Psychopharmacology: Clinical and Experimental menemukan bahwa kafein yang terkandung dalam kopi apabila dicampur bersama gula dapat mengaktifkan prestasi otak terutama pada bahagian memori.
Penyelidikan ini telah melibatkan 40 sukarelawan yang dibahagikan  dalam tiga kumpulan. Kumpulan pertama diberikan secawan kopi yang diberikan gula, sedangkan kumpulan kedua diberikan secawan kopi tanpa gula dan kumpulan terakhir hanya diberikan air gula tanpa kopi.
Setelah mereka melakukan ketiga-tiga ujian  tersebut, semua sukarelawan menjalani ujian peningkatan porestasi kognitif pada dua wilayah otak yang berfungsi menyimpan memori. "Kami menemukan kombinasi daripada gula dan kopi dapat meningkatkan prestasi kognitif pada dua bahagian otak yang bertanggungjawab dalam penyimpanan memori," kata ketua penyelidikan program tersebut, Josep Serra Grabulosa.

Sunday, November 28, 2010

Awas! Botol Susu Bayi Anda Mungkin Mengandungi Bisphenol A (BPA)

London: Sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan beberapa jenis botol susu plastik  didapati boleh memberi kesan tidak baik untuk bayi. Kajian menunjukkan bahwa Bisphenol A (BPA) dapat melarut dari botol ke dalam cairan. Seperti laporan dalam akhbar London sebatian organik ini diyakini dapat mempengaruhi perkembangan pada kanak-kanak.
Belinda Phipps,Institut Kebajikan Kanak-Kanak UK mengatakan kepada BBC, "Apabila anda meletakkan cairan ke dalam botol, terutama cairan panas

Ulangkaji : Darah Beredar 180,000 km Setiap Hari

Darah merupakan tisu perantara yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon selain sebagai sistem imunisasi menentang penyakit. Vena merupakan saluran darah berotot yang membawa darah ke dalam jantung manakala arteri membawa darah keluar dari jantung.
Setiap hari, darah beredar sejauh 180,000 kilometer (km) di dalam tubuh manusia. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia disambungkan, ia boleh menghasilkan jarak sepanjang 96,000 km.
Tekanan jantung semasa manusia pula mampu mengepam darah yang cukup kuat sehingga setiap pancutan boleh mencapai jarak sembilamn meter.

Saturday, November 27, 2010

Sejarah Papan Kekunci QWERTY


 Susunan NAZRUL AZIM SHARUDDIN, cyberita.asia1.com

Telefon bimbit pintar hari ini kebanyakkannya dilengkapi dengan papan kekunci QWERTY sama seperti yang terdapat pada papan kekunci komputer.
Sebenarnya, panggilan QWERTY itu diperoleh daripada jujukan enam huruf pertama dalam barisan teratas susunan huruf pada papan kekunci. Reka bentuk itu telah dipatenkan oleh seorang editor akhbar dari Amerika Syarikat, Milwaukee pada tahun 1874.
Papan QWERTY itu muncul buat kali pertama pada mesin taip di mana pada asalnya susunan huruf pada mesin itu mengikut urutan abjad. Penciptaan QWERTY itu adalah bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaip selain mengurangkan kesilapan. Melihat dari sudut logik lain pula, menerusi QWERTY kebanyakkan perkataan Bahasa Inggeris boleh ditaip menggunakan tangan kiri sementara tangan kanan bebas untuk mengawal tetikus.

2-week-old conjoined twins separated in India

Sepasang kembar siam Kunal dan Kartik diambil gambarnya sehari selepas mereka dilahirkan di All India Institute of Medical Sciences, pada 4 September 2010, di New Delhi, India. Tiny Kunal dan Kartik bergabung di dada dan berkongsi diafragma dan hati.  Sepasukan 18 orang doktor bedah berjaya memisahkan bayi kembar siam ini dalam operasi selama lima jam. Pembedahan kembar siam ini mencatat rekod dunia yang dilakukan ke atas kembar siam pada usia yang terlalu muda. Ketika operasi pembedahan dijalankan bayi kembar siam  ini baru berusia 2 minggu. 

Friday, November 26, 2010

Nenek Presiden USA Menunaikan Haji Mendoakan Obama Kembali Kepada Islam

Nenek Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Sarah Omar,88, keturunan Kenya mengatakan beliau berdoa semasa mengerjakan ibadah haji di Mekah semoga pemimpin Amerika itu diberi hidayah untuk kembali semula memeluk Islam.
"Saya berdoa untuk Barack, cucu saya  masuk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam sebuah wawancara dengan akhbar harian Al-Watan Saudi yang diadakan di Jeddah setelah beliau selesai melakukan haji baru-baru ini.
Sarah Omar berada di Arab Saudi  bersama-sama dengan anaknya, pakcik Obama, Saeed Hussein Obama, dan empat orang cucunya.
Keluarga Sarah Omar telah ditaja  oleh kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan Rukun Islam kelima ini. Saeed berterima kasih kepada Raja Abdullah atas sumbangan kerajaan Arab Saudi kepada mereka, kata surat kabar itu.

Thursday, November 25, 2010

Asian Games 16th : Semangat Kesukanan & Erti Persahabatan

Peserta acara gusti dai China,Gao Feng  memberi bantuan ikhlas kepada  pesaingnya S. Ahmadi dari negara Iran yang tercedera di bahagian kaki semasa berlangsungnya pertandingan merebut pingat gangsa dalam acara 'freestyle wrestling' lelaki 60kg kejohanan Sukan Asia ke-16 di Guangzhou. Atas dasar semangat kesukanan dan erti persahabatan secara spontan Gao Feng mengangkat S. Ahmadi dari gelanggang pertandingan ke tempat letaknya strencher untuk dibawa ke pusata rawatan. Tindakan Gao Feng mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Gao memenangi pertandingan tersebut.

Lelaki Bangla Terima 100 Kali Sebatan Mengaku Melakukan Hubungan Seks Dengan Pembantu Filipina di UAE

Dubai-Seorang lelaki warga Bangladesh telah menerima hukuman sebatan sebanyak 100 kali setelah didapati bersalah oleh mahkamah syariah melakukan hubungan seks dengan seorang pembantu rumah warga Filipina UAE. Pasangan tersebut juga diperintahkan diusir dari negara tersebut setelah hukuman berat dijatuhkan di Sharjah, Dubai.
Polisi menangkap pasangan itu setelah pemilik rumah yang juga agen pembantu rumah melaporkan dia melihat laki-laki yang  hanya dikenalpasti sebagai SM, meninggalkan rumah pasangannya. Pasangan kekasih itu kemudian mengaku melakukan hubungan seks beberapa

Pengambilan Aspirin Setiap Hari Membantu Merawat dan Mencegah Penyakit Jantung dan Kanser Usus Untuk Usia Lebih 45 Tahun

England, 24 Nov- "Pengambilan aspirin dengan jmlah dos yang sesuai pada usia pertengahan dapat membantu merawat penyakit jantung dan kanser usus"
Hasil  kajian telah dilakukan dan menemui lebih besar  kesan positif berbanding kesan sampingan apabila pengambilan  tablet aspirin setiap hari  bagi mereka yang berusia lebih  45 tahun  Panel pakar mengatakan mereka yang berisiko tinggi penyakit serius [ kanser usus & jantung] harus mempertimbangkan aspirin sebagai ubat pencegahan.

Aneh Tetapi Benar : Bayi Dalam Kandungan Bergerak Dan Berpusing Begitu Kuat

Umum kita mengetahui bahawa bayi yang sihat dalam kandungan ibu akan bergerak-gerak atau menendang-nendang perut ibunya. Berlainan sekali dengan seorang ibu dari Peranchis terpaksa mengalami situasi mengandungkan bayi yang sangat aktif sehingga nampak jelas pergerakan bayi terlalu agresif. Kita akan berasa cemas apabila melihat bayi ini bergerak dan berpusing dengan begitu kuat sehingga kelihatan perut ibu berombak-ombak di semua bahagian. Sungguh luar biasa..saksikan video ini...

EMBED-Aliens like moving baby - Watch more free videos

Tuesday, November 23, 2010

Rahsia Terungkai: Bagaimana Ular Terbang Meluncur Di Udara Dari Pohon Ke Pohon

Para saintis telah mengungkai rahsia bagaimana spesies tertentu ular mampu 'terbang' dengan  meluncur ketika  di udara. Lima spesies berkaitan ular pohon ditemui di Asia Tenggara dan Asia Selatan boleh 'terbang' dengan melemparkan diri dari sarang mereka dan meluncur ke pohon lain. Ahli Biologi Jake Socha, dari Virginia Tech University, melakukan penyelidikan bagaimana ular ketika mereka melancarkan diri daripada cawangan di puncak menara 15 meter tinggi. [lihat video]

Monday, November 22, 2010

Luar Biasa : Kembar Siam Boleh Melihat Sama Seperti Kembarnya Melalui Matanya Sendiri & Mengetahui Fikiran Sesama Sendiri

Kanada- Sepasang kembar siam, Krista dan Tatiana telah mengejutkan para ahli perubatan dunia kerana mereka boleh  melihat melalui mata masing-masing. Pasangan kembar berusia 4 tahun cukup mempunyai dua badan yang berasingan tetapi berkongsi otak yang sama. Bahagian dari otak yang menghantar sensasi fizikal dan fungsi motorik ke korteks otak, membolehkan mereka untuk mendengar fikiran antara satu sama lain dan boleh melihat apa yang sedang dilihat oleh kembarnya melalui mata masing-masing.

Tikus Berani VS Kucing

Kucing peliharaan yang sering mendapat layanan istimewa daripada tuannya ternyata begitu asing dengan tikus. Saksikan bagaimana seekor tikus yang sering menjadi mangsa habuan kucing bertindak berani menyerang kucing-kucing tersebut.

Sunday, November 21, 2010

Rahsia Kereta Rasmi Presiden USA

The Beast, adalah kenderaan rasmi presiden USA yang amat istimewa. Direka khas  berbeza dengan kereta biasa . Kereta sedan limousine dengan logo Cadillac ini memiliki ruang kabin yang luas mirip dengan Cadillac STS dan DTS.
Limousine mewah ini dibalut dengan berbagai jenis logam kalis peluru, seperti aluminium, titanium, dan material keramik tahan peluru. Bahagian sisi kereta mempunyai kerangka setebal 8 inci, sama tebalnya dengan pintu kabin pesawat Boeing 747.
Tayarnya pula diperbuat daripada serat kevlar yang tahan bocor dan  dilengkapi teknologi run-flat tyre yang boleh meneruskan perjalanan dengan laju meskipun keempat-empat tayar kereta telah pecah.
Di bahagian dalamnya disedaiakan bekalan darah untuk Obama, persediaaan oksigen, kamera night vision. gas pemedih mata serta sejumlah fasiliti lain.

Creative Shopping Bags

I believe most of you would like to possess one because you will draw the eyeballs of the passersby when walking on street with any of these shopping bags. [funkydowntown.com]

Gagal Membayar Hutang Dengan Along, Tangan Dirantai Terlalu Ketat, Daging Tumbuh Menyeliputi Rantai

Akibat gagal melunaskan hutang dengan peminjam haram, Zhang, 27, telah dirantai di sebuah penjara haram di Hunan, China selatan.  Pada tahun 2005 dia membuat pinjaman dengan pegawai desa untuk membina rumahnya tetapi gagal membayarnya. Mereka bertindak merantai tangannya terlalu ketat. Setelah tiga tahun  di dalam penjara harap, didapati daging tangannya menyeliputi rantai menyebabkan  kecederaan parah.

Saturday, November 20, 2010

Pelajar Buta Menabung Selama 3 Tahun Untuk Mendapatkan Kuda Mini Sebagai Pemandu

Seorang mahasiswa buta yang sedang menuntut dalam bidang sikologi menabung sebahagian wang daripada gajinya selama tiga tahun   di sebuah syarikat Braille proof reading untuk mendapatkan khidmat  kuda mini yang dilatih sebagai pemandunya berulang-alik dari rumah  ke kolej tempat pengajiannya . Cali, 2 kaki 6 inci tinggi adalah sejenis kuda kecil yang mengagumkan.  
Miss Ramouni, 28 dilahirkan tidak cukup bulan [bayi pramatang] telah hilang penglihatan selepas lahir. Dengan tekad dan azam untuk mencapai cita-cita, pelajar ini tidak menjadikan alasan keadaaan kekurangan yang ada pada dirinya untuk berjaya

Friday, November 19, 2010

Mother Love : Lioness carries her tiny cubs to safety after buffalo attack

 Mother's love: This one-day-old cub looks very uncomfortable as the lioness carries it to safety in Okavago, Botswana, after a buffalo attack
Peristiwa yang belum pernah dirakam sebelum ini telah dapat dilakukan oleh seorang juru gambar, Ole Jorgen Liodden, 37, bagaimana seekor singa betina mempertahankan keselamatan ana-anaknya yang baru berumur sehari daripada serangan mengejut dan gangguan sekawan kerbau besar Afrika. Walaupun terpaksa berhadapan dengan 10 ekor kerbau jantan yang cuba menguasai kawasan  dengan menghalau singa betina ini, namun singa betina tetap tidak berganjak walau seinci daripada tempat perlindungan anak-anaknya sambil mengaum kuat. Akhirnya sekawan kerbau besar mengalah  dan beralih daripada kawsasan tersebut. Tanpa berlengah, ibu singa segera mengalihkan anak-anaknya ke kawasan yang lebih selamat. Lihat foto-foto menarik.. [sumber : dailymail.co.uk]

Sunday, November 14, 2010

Tikus Sniffer Penjejak Periuk Api Di Mozambique

Kebanyakan kawasan tanah pertanian di Mozambique masih dipenuhi dengan periuk api akibat peperangan saudara yang berakhir pada 1992. Dianggarkan 20 orang ditugaskan untuk mengesan dan membersih bahan api berbahaya itu pada setiap bulan. Hampir 60% kawasan tanah pertanian di Mozambique masih di bayangi dengan periuk api tinggalan perang saudara yang berlarutan. 
Sebagai alternatif mengesan periuk api, pasukan pemusnah bahan letupan menggunakan tikus-tikus yang telah dilatih untuk mengesan periuk api.

Saturday, November 13, 2010

Sedihnya...Kanak-Kanak 6 Tahun Yatim Piatu Tinggal Sendirian Tanpa Penjaga

 Along makes a fire to prepare for dinner. His grandmother, who lives 15 minutes’ walk away, built two vegetable plots for him, and pays regular visits despite not living with him. 
Seorang kanak-kanak yatim piatu yang disahkan menghidap HIV positif terpaksa tinggal sendirian setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia akibat penyakit aids.  Along, nama panggilannya tinggal di kampung Niucheping, Guangxi Zhuang, Barat Daya China. Apa yang lebih menyedihkan neneknya tidak mahu memeliharanya kerana takut terkena jangkitan virus HIV. 

Wednesday, November 10, 2010

Amaran : Laptop Menjejaskan Kualiti Sperma [ Laptops May Damage Sperm ]

Amaran buat para lelaki yang belum berkahwin atau belum mempunyai anak! Laptop boleh menjejaskan kualiti sperma anda! 
Menurut satu kajian saintifik tentang laptop, penyelidik menemui Wi-Fi pada laptop boleh menyebabkan kerosakan pada DNA sperma. Para penyelidik mempelajari bagaimana pancaran Wi-Fi pada laptop atau radiasi gelombang mikro memberi kesan terhadap pengeluaran sperma. Dalam kajian itu, lelaki yang terdedah dengan pancaran radiasi gelombang mikro hanya dalam tempoh 4 jam, sperma mereka akan mengalami kerosakan DNA, serta pengurangan pergerakan sperma.

Tuesday, November 9, 2010

Gadis Cantik Bertubuh Liut

 Heels over head
Ketika usianya baru 4 tahun, bakat luar biasa Zlata telah dapat dikesan  apabila dengan mudah dia membengkokkan badannya ke belakang. Bekas pelajar gimnas Rusia,Zlata, 24, ialah antara gadis bertubuh liut ekstrim dunia. Zlata mempunyai kondisi anggota tubuh yang amat jarang ditemui pada orang lain di mana semua tendonnya sangat lentur, yang membolehkan dirinya untuk mengadopsi kedudukan sukar dilakukan.

Monday, November 8, 2010

LIGER...Half Lion, Half Tiger [Separuh Singa ..Separuh Harimau]

Half lion, half tiger..liger. Separuh Singa dan separuh harimau, persilangan antara singa jantan dan harimau betina..itulah liger spesies hasil perkahwinan campur  dua ekor haiwan antara singa jantan dengan harimau betina.
Projek yang diusahakan oleh The Institute of Greatly Endangered and Rare Species (T.I.G.E.R.S.) membiarkan singa dan harimau tinggal bersama dalam satu kawasan [kandang] yang luas. Pada awalnya mereka tidak menyedari apabila salah  satu daripada  anak-anak singa itu berkawan dan bergaul  dengan seekor anak  harimau sehingga akhirnya lahirlah anak hasil hubungan kedua-dua ekor haiwan  berlainan jenis dipanggil liger. 

Saturday, November 6, 2010

Ibu Muda 10 Tahun & Pasangannya Sepupu 13 Tahun

[Foto : Elena, 10, ternyata lebih matang daripada usia sebenar di samping sepupunya berumur 13 tahun yang juga bapa kepada bayi  tersebut]
Inilah wajah ibu muda berusia 10 tahun, Elena Chiritescu, keturunan Romanian gipsi, yang menggemparkan dunia Eropah baru-baru ini apabila melahirkan anak di sebuah hospital di Spain. Pasangannya ialah Gheorghe Mecic, 13 tahun yang juga merupakan sepupunya. Mereka tinggal bersama nenek di rumah  keluarga sepupunya kerana ibunya bekerja di Spain setelah kematian suaminya. Elena disahkkan oleh pegawai pendaftaran dilahirkan pada bulan April 2000. [daily.mail.co]

Friday, November 5, 2010

Luar Biasa : Wildebeest Mampu Menakluk Sang Singa

Singa terkenal dengan kemampuan berburu. Sebagai  haiwan yang paling berkuasa di planet ini, kucing besar ini sering menguasai sebahagian besar haiwan sama ada di kawasan dataran di Afrika atau belantara di India.
Kepantasan mengesan dan memburu mangsa menjadi igauan buruk buat penghuni yang menjadi mangsa kerakusan Sang Singa. Namun kadang-kadang peraturan alam boleh berubah arah sebaliknya apabila pemburu yang digeruni menjadi mangsa yang diburu.

Thursday, November 4, 2010

Kunig Telur Tidak Baik Untuk Pesakit Jantung

London: Telur adalah bahan makanan bergizi yang mudah diperoleh dengan harga yang mampu dibeli oleh semua golongan masyarakat. Telur juga mengandungi kadar protein, vitamin, dan mineral tinggi. Di sebalik semua kelebihan itu, ternyata telur memiliki kesan yang kurang baik terutamanya bagi mereka mengalami masalah  jantung.
"Kami ingin menghapus persepsi  yang mengatakan bahwa mengonsumsi kuning telur tidak memberikan efek buruk terhadap kesihatan. Faktanya adalah kuning telur memiliki efek berbahaya bagi mereka yang menghadapi risiko serangan penyakit jantung," kata David Spence dari Universiti Western Ontari di London.

Wednesday, November 3, 2010

Katak Afrika 'African Bull Frog' Makan Apa Saja

Sejenis katak bersaiz besar Afrika yang dikenali sebagai "African Bull Frog' mempunyai  tabiat pemakanan yang luar biasa. Apa saja jenis haiwan termasuk yang berbisa seperti tikus, burung, kala jengking, malah katak  yang melalui kawasan berhampiran dengannya akan menjadi mangsa sebagai makanannya. Katak ini mempunyai bahan cecair melekat yang dijadikan sebagai perangkap untuk menangkap mangsa selain lidahnya.
African Bull Frog bersifat agresif, mampu melompat sehingga 12 kaki tinggi, mempunyai gigi seperti unjuran yang disebut odontoids.

Remaja Romania Berusia 10 Tahun Menjadi Ibu Termuda

Seorang remaja perempuan berusia 10 tahun di Spain menjadi antara ibu termuda di dunia setelah melahirkan bayi di sebuah hospital di Jerez de la Frontera, Selatan Andalusia pada 26 Oktober, minggu lepas.
Menurut doktor berkenaan ibu muda tersebut melahirkan anaknya secara normal dan dalam keadaan stabil. Anaknya juga dalam keadaan normal dengan berat 6lb 6oz
Remaja tersebut sebenarnya ialah pendatang dari Romania berhijrah ke Spain bersama keluarganya dan sudah mengandung sebelum mereka berpindah ke Spain.

Tuesday, November 2, 2010

Kuku Tangan Memanjang 3mm Sebulan

Kuku merupakan struktur separa keras dan berbentuk runcing yang terletak di bahagian hujung jari manusia. Ketebalan kuku normal adalah kira-kira 0.43 milimeter (mm) dan terdiri daripada tiga lapisan seperti eponikium iaitu lapisan kulit lut cahaya yang berada di pangkal kuku, paronikium iaitu lapisan kulit di sisi kuku dan hiponikium iaitu bahagian antara hujung kuku dengan hujung jari.

Monday, November 1, 2010

Teman Sejati

Makcik Zhao bersama teman sejatinya yang setia bersama ke mana saja. Anjing kesayangannya membantu Makcik Zhao membawa bakul berisi sayuran pulang dari pasar di  Anyang, Henan , Wilayah Tengah China. Kadang-kadang haiwan lebih mulia hatinya daripada manusia yang berakal. Malah sering berlaku kes seorang sahabat baik sanggup menipu dan menganiaya rakan sendiri kerana kepentingan diri, dan tamak akan harta yang tidak seberapa.