Friday, October 1, 2010

NOKIA N8 Eye Openers [Nokia N8 Idamanku]

Kenali Nokia N8 - 'smartphone' terbaru yang membolehkan anda merakam foto-foto yang mengagumkan, merakam video HD sebenar, dan mainkan semuanya di kaca TV HD anda!
Nokia N8 merupakan telefon pertama dengan lensa kamera 12 Megapiksel dan Optik Carl Zeiss, untuk kualiti foto yang sempurna. Telefon ini juga dilengkapi dengan perakam video HD dan HDMI.  Jadi anda boleh menjadi pereka filem, dan menontonnya bersama keluarga  di kaca TV HD anda.
Touchscreen dan casing aluminium ramping memang suatu ciri yang dijangkakan untuk telefon yang menarik, dan dengan aplikasi dan peta, Nokia N8 merupakan salah satu telefon pintar yang paling menarik pada tahun ini. 
 Nokia N8  mempunyai sensor kamera terbesar jika dibandingkan dengan semua telefon terkini, dan lensa 12 Megapiksel berkualiti tinggi lengkap dengan Optik Carl Zeiss dan Xenon flash. Anda boleh mengambil foto yang sempurna dan merakam video HD orang kesayangan anda, kemudian muat naik gambar serta filem tersebut terus ke Facebook ™, atau menontonnya di kaca TV HD anda - memandangkan N8 memiliki HDMI port.
Gunakan aplikasi, peta, dan lain-lain, melalui OLED touchscreen N8 yang bersaiz 3.5 inci (640 x 360 piksel). Crystal-clear display ini merupakan yang terbesar, dengan skrin beresolusi tinggi dalam rangkaian produk  Nokia, bahkan memiliki nisbah aspek 16:9 untuk pemutaran filem yang sempurna dan web browsing yang lebih baik.
Smartphone Symbian 3 yang pertama di dunia, Nokia N8 dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik, aplikasi, dan inovasi. Telefon ini memudahkan anda untuk tetap berhubung memandangkan aplikasi Twitter ™ dan Facebook™ terhubung sepanjang hari, membolehkan anda 'keep up-to-date' dengan segala hal ehwal terkini dalam setiap rangkaian anda. Anda boleh kekal 'sign in' untuk beberapa 'instant messenger' dan akaun e-mel, mempunyai beberapa perbualan IM sekaligus, dan melihat semua text (mesej) anda dalam bentuk perbualan.
Nokia N8 merupakan sumber hiburan yang lengkap. Anda boleh mengimbas seluruh web dan menonton semua flash videos secara online, simpan filem HD kegemaran anda dalam memori dalaman 16GB atau dalam kad microSD (sehingga 32GB), bahkan menikmati on-demand Web TV, di telefon anda! Aplikasi BBC iPlayer membolehkan anda sentiasa up-to-date tentang rancangan BBC kegemaran anda, malah anda boleh mengakses saluran TV secara online, jadi anda tidak akan ketinggalan rancangan kegemaran anda.

Dengan Ovi Maps percuma dan  voice-guided navigation, Nokia N8 akan membantu anda untuk mencari  lokasi di lebih daripada 70 buah negara di seluruh dunia, dengan kereta atau berjalan kaki. Mercu tanda  3D menunjukkan tempat-tempat menarik, malah aplikasi Lonely Planet dan Michelin memberikan maklumat tentang destinasi anda. N8 Nokia merupakan entertainment centre berdefinisi tinggi, peranti game 3D, kamera digital, dan smartphone, semua dalam satu. 

8 comments:

farysa said...

cantiknya!

z.a.m said...

kena start menabung ni..hehehe

gnesop.com said...

cam best jer N8 nih

Encik MT said...

kekeke nokia n8 nie nak lawan iphone4
lar tuh...cisss! haha!

Cik Ubi said...

harge berape?..gua dah tertarik nie..haha

Mazru Majid said...

bro brp harge tu?

orang muo said...

cik ubi & mazru : nokia N8 ni belum ada di pasaran Malaysia..coming soon :)harga RM 2000.00

Lana~Bulu said...

cantik tapi mahai laa..