Wednesday, October 13, 2010

Lelaki Tanpa Tangan Bermain Piano Dengan Jari Kaki Juara "China's Got Talent"

Seorang pemuda yang cacat anggota badan tanpa tangan telah memenangi pertandingan "China's Got Talent"  di Stadium Shanghai baru-baru ini. Liu Wei, 23, kehilangan sepasang tangannya setelah mengalami kemalangan terkena renjatan elektrik  semasa bermain sembunyi-sembunyi ketika berusia 10 tahun. Liu Wei mula belajar bermain piano ketika berumur 18 tahun dengan hanya menggunakan jari-jari kakinya.
Kini beliau dikenali di seluruh dunia, malah menerima banyak jemputan membuat persembahan sama ada di media tv atau pentas konsert bersama artis terkenal dunia. Saksikan rakaman video kehebatan Liu Wei bermain piano dengan jari kakinya..sungguh mengagumkan sehingga ramai penonton begitu sebak dan menitiskan air mata.

4 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Bagusnyer dia..tak patah semangat.Moga kita pun tidak mudah menyerah jika ditimpa musibah.

shark said...

dia mn ada kemahuan
di ctu anda boleh berjaya
x kesah cacat ker x

ctpayong said...

tapikan dia boleh guna piano dia punyer aje sbb nnt bau stokin..huhu

Nazri_Hanafiah said...

hadiah pada dunia