Subscribe Us

Lauren Booth Adik Ipar Tony Blair Memeluk Islam

Adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair telah memeluk  Islam setelah mengalami pengalaman suci 'di Iran.Penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43,  adik  Cherie Blair sekarang memakai tudung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumahnya, sembahyang lima kali sehari dan melawat masjid tempatan. Beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim enam minggu lalu setelah melawat makam Fatima al-Masumeh di kota Qom.


"Sekarang saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al-Quran setiap hari. Saya juga tidak lagi mengambil minuman keras sejak 45 hari yang lalu, tempoh terpanjang dalam 25 tahun, "katanya.' "Hal yang aneh telah  berlaku sebelum saya memeluk Islam.  Sejak saya berniat dan memutuskan untuk memeluk Islam, saya tidak ada selera menyentuh alkohol, sedangkan saya adalah seseorang yang mendambakan  wain  setiap hari. " 


Beliau berharap dengan perubahan yang berlaku ke atas dirinya dapat mengubah persepsi Tony Blair terhadap Islam.

Booth with husband Craig and daughters Alex and Holly at their home in France last year. They have now returned to Britain
Lauren Booth yang bekerja untuk Press TV, saluran berita berbahasa Inggeris Iran, telah menjadi lawan vokal perang di Iraq.
Booth berpindah ke Perancis bersama keluarganya, suami Craig Darby dan dua putri Alexandra dan Holly pada tahun 2004. Suaminya cedera parah dalam kemalangan  motorsikal pada bulan April 2009 ketika dia mabuk dan tidak mengenakan topi keledar Dia menderita cedera
parah pada otak, leher retak, kerosakan tulang belakang dan beberapa  tulang rusuk patah dan berada dalam koma yang serious selama dua minggu. 


Suaminya harus belajar  berjalan dan bercakap seperti sedia kala. Dia kehilangan banyak memori, mempunyai masalah penglihatan dan tidak boleh bekerja.Pasangan itu memutuskan untuk pindah kembali ke Inggeris untuk membantu pemulihan dan mengurangkan jumlah masa Booth harus bekerja jauh dari rumah. [sumber:dailymail.co.uk]

Catat Ulasan

13 Ulasan

Adi An Fadzil berkata…
alhamdulillah. harap imannya bukan palsu dan sentiasa bertambah. :)
Big story..alhmdla Allah maha berkuasa pd segalanya
Tanpa Nama berkata…
harap2 bukan helah politik la pulak ;) tapi kalo betul... alhamdulillahhhhhhhhh
Sekiranya cerita ni benar maka kita patut bersyukur kerana ahli kita bertambah lagi...
si pembawa sinar berkata…
alhamdulillah..kekalkan iman di dada
Unknown berkata…
Assalamualaikum...

semoga berkekalan imannya, Alhamdulillah
Tanpa Nama berkata…
alhmdulillah..hrp2 betul lah
Unknown berkata…
bukan semua dapat hidayah dari Allah... alhamdulillah
elmaranji dot kom berkata…
alhamdulillah, ops, nasihat kepada semua, jangan simpan rasa curiga terhadap saudara baru, hidayah di tangan Allah, ni penting dalam dakwah
sarah mohamad berkata…
Alhadullilah . bukan semua mendapat hidayah daripada Allah S.W.T
bagbag.. berkata…
alhamdulillah..tp bole terangkan islam yg di anuti itu adakah sunni atau syiah??sbb kalo di iran agama terbesar adalah syiah..lg pn die mendapat hidayah di masjid syiah..bole tolong jelaskan??
Oney Nurislam berkata…
alhamdulilah
perjalanan pulang berkata…
aku tumpang suka