Sunday, October 10, 2010

Char Kway Teow Berkuah Muhd Faris Sg Abong Memang Umph!

Char Kway Teow berkuah biasanya hanya didapati di sebelah Utara Semenanjung terutamanya di Pulau Pinang. Namun begitu anda yang tinggal di Muo tidak perlu ke utara untuk mendapatkan Char Kway Teow Berkuah ini. Seorang pengusaha gerai makanan, En Muhd Faris B Mahad, 27 merupakan satu-satunya peniaga yang menjual Char Kway Teow berkuah di Muo. Gerainya yang terletak di Taman Sungai Abong Mulia, Jalan Sungai Abong, Muo begitu popular kerana rasanya yang begitu lazat dan menyelerakan.
Gerainya sentiasa dikunjungi pelanggan sama ada dari jauh atau dekat sehingga larut malam.
Antara bahan rahsia yang menambahkan rasa lazat Char Kway Teow Berkuah En Muhd Faris ialah kicapnya. Beliau menyediakan kicap tersebut menggunakan ramuan sendiri.
Saiz mi teow yang digunakan dalam masakannya lebih kecil dan rasanya lebih lembut yang ditempah khas di sebuah kilang mi di Muo
Muhd Faris menerima tempahan sedang meyediakan Char kway Teow Berkuah istimewa untuk para tetamu sempena majlis Marhaban & Hari Raya di sebuah rumah di Taman Sri Temenggong Muo
Anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmati Kway Teow istimewa ini kerana En Muhd Faris hanya memerlukan 25 saat untuk menyiapkan setiap satu hidangan Char Kway Teow Berkuah ini.
Cara En Faris memasak Char Kway Teow Berkuah tidak seperti menu masakan lain. Beliau hanya akan memasak untuk satu hidangan saja walaupun ramai pesanan yang diterima daripada pelanggannya. Jika anda memesan untuk 4 atau 8  orang, maka beliau akan memasak satu demi satu untuk setiap hidangan tersebut supaya kelazatan Kway Teownya sentiasa sama.
Hanya memerlukan masa 25 saat untuk menyiapkan satu hidangan [sepinggan]. 
 
Saiz mi teow lebih kecil ditempah khas di sebuah kilang mi di daerah Muo
En Muhd Faris dibantu oleh tunangnya,Cik Abby, sahabatnya En Zaberi, serta seorang anak saudaranya pada setiap hari kecuali hari Selasa. Perniagaannya  bermula pada pukul 6.00 petang sehingga 2.00 pagi di gerainya di Sungai Abong. Datanglah berkunjung ke Gerai Char Kway Teo Berkuah Muhd Faris Sg Abong dan nikmati keenakannya bersama keluarga atau rakan.
[Promosi ini adalah percuma untuk membantu pengusaha & peniaga golongan Melayu dedikasi_orangmuo]

15 comments:

wadud@duad said...

kue teow? memang sedap.. tapi wadud kurang suka makan tuh.. abg wadud arr sangat suka..:p

Nur Hawa Mohd Zin said...

teringat kat utara punya....heheh...suka char kuey teow..kalu sampai pandai masak mmg sedap

gdoupt_monster71 said...

aduh sdp ni...tapi takut tgk udang 2...gout ...

azhar said...

mmg respect peniaga char kuey teow nie....diorang kena cepat & pantas

zura said...

mmg sedap..bleh jamin..sy ni pelanggan setia..bila mkn sekali pasti nk dtg lg..service pn baik pnye..order cpt je dpt..plg sedap kat muar..mmg tip top..=)

NURUL NAZIRA said...

cam sedap je.. nak try la! :)
x tawu lak sg abong ade char kuay teow..

haszuraidah ishak said...

nampak cam sedap..dah terliuq dah ni..huhu..

adda said...

wah good info.. org muo pn tak tau hihi.. nanti leh try

azie said...

mmg sdp!kna try..mkn skali psti nk dtg lg..udang beso punye!nsi lemak aym b'rempah pn ada..every 1 must try!!pling sdp kat muo!..

loliPOp gurL said...

wah!x sngke seh blEh msok blog lak..nie dPn uma sy nie..sy akui la,mmg lesak,,ari2 org pack gler!!mmg sedap ar..mmg x tpu nyer!

ShaNaz Saadon said...

sedapnya.. mesti cuba bila blk muar nnt :)

Anonymous said...

Haloo Kawan Muo,
Tidak payah bersuasah payah ke penang utk makan char kway teow & tidak payah bersusah payah ke KL..untuk menikmati nasi lemak antarabangsa..kerana di gerai ini terdapat menu yg sangat istimewa..skali rase ingin lagi..dan lagi..dan lagi..x percaye???cube dahulu..baru tahu.

haname, putrajaya.

Aril Lanang said...

lama xbalik muor..balik ni pekena kuey teow kat sg abong ok gak..

Nazri_Hanafiah said...

nak pergi jauh lak...dapat tengok jadi la~~~~

Anonymous said...

sedap mg sedap tapi yang tak best tue mee yang digunakan.." ditempah khas mee dr kilang dekat muar"??? misti org cha yg buat kalo tempah dekat jln hashim tue lg parah diorang buat mee siap tak pakai baju dengan peluh2 kat badan lepas tue anjing siap bersepah2 depan kedai dia...so saya nasihatkan pakai mee keluaran bumiputera dan muslim lg afdhol...tapi if mg dah sedia ada guna supplier melayu islam alhamdulillah..semuga pernaigaan dia bertambah maju...