Sunday, October 3, 2010

Aceh : Hukuman Rotan Kerana Berniaga Makanan Pada Waktu Siang Bulan Ramadan

Murni Amris receives three lashes after being caught selling food to the public in Aceh during the holy month of Ramadhan
Aceh- Dua orang wanita telah dijatuhi hukuman rotan setelah didapati bersalah mengikut undang-undang Syariah kerana melakukan aktiviti perniagaan menjual makanan [nasi] pada waktu siang bulan Ramadan yang lalu. Kedua-dua wanita ini diberkas oleh sepasukan polis syariah pada 23 Ogos ketika sedang berjualan.
Murni Amris, 27 menerima 3 kali sebatan manakala Rukiah Abdullah, 22 menerima dua kali sebatan di khalayak ramai dekat masjid di bandar Jantho, Banda Aceh, Indonesia. 
Undang-undang Syariah Islam mula dikuatkuasakan di Aceh sejak 2005. " Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini mereka akan dikenakan hukuman penjara selama setahun atau denda USD $340 atau sebatan dikhalayak ramai maksimum 6 kali sebatan." Lain pula apa yang berlaku di negara kita Malaysia...
Para peniaga bebas menjalankan perniagaannya pada waktu siang malah mereka memulakan perniagaannya bermula pada waktu tengah hari..."waktu makan tengah hari".  Mereka berniaga kerana mahu mengaut keuntungan semata-mata tanpa menghormati bulan Ramadan yang mulia. Mereka membuka ruang kepada insan-insan yang tidak suka berpuasa ,seperti menggalakkan mereka tidak perlu berpuasa kerana makanan mudah diperoleh tanpa menunggu sehingga waktu petang. Pihak berkuasa  perlu mengambil langkah tertentu  supaya bulan Ramadan akan datang tidak dilihat sebagai pesta bulan makanan pula.

12 comments:

zulhilmi tempoyak said...

macam mana kalau buat kat malaysia yek...

azhar said...

di Acheh undang2 syariahnya mmg ketat..

Nasir Bravo said...

nak wat kat Malaysia....xtau ler bilanyer.ader org berkepntingan mengaut keuntungan..duit menghalalkan cara..:(

si biskut said...

ia takkan terjadi kat sini...di malaysia cuma ada hadhari.

2ury said...

Kat Malaysia musuh utama dadah, sbb tu hukuman utk dadah je yg hebat...
Ohya, mcm mana ya kes model pompuan yg kena hukuman rotan kerana minum arak dulu, dah jln hukuman ke??? ada sesape bleh update tak?

wadud@duad said...

tempat wadud blaja, hehehe..
Institut Agama Islam Negeri Ar-raniry Banda Aceh Darussalam Indonesia..hehehe.

tapi memang betol, banda aceh sekarang dah berlaku syariat islam.. :)

Gee said...
This comment has been removed by the author.
Gee said...

oo..mula2 sya tak brapa faham napa kna tngkap pasal beniaga...rupa2nya drg beniaga masa bulan puasa pula..patutlah kena tngkap cos mcm x menghormati bulan ramadan..hmm

tehr said...

di malaysia kita ni, bulan ramadan jadi bulan makan
musim raya jangan nak cerita la

moga2 acheh dirahmati Allah SWT

Shiela Latif said...

bila lah Malaysia nak buat undang undang macam nie...kan bagus... =))

atie said...

bagus gak acheh ni...

Nazri_Hanafiah said...

tu kat acheh....kalau kat malaysia? apadaaa....memalukan btul....