Sunday, October 31, 2010

Iya Traore Freestyle Soccer Tricks

Football freestyle master Iya Traore performs a series of challenging soccer tricks in France - some of them atop a light pole.

Iya Traore Freestyle Soccer Tricks - Watch more Sports

Crazy... Lady Gaga Meat Dress At 2010 MTV Video Music Awards

At the 2010 MTV VMAs, Gaga steals the show with her craziest - and least hygienic - outfit yet: A meat dress,
New York: Penyanyi rock terkenal, Lady Gaga sempat membuat kejutan kepada dunia hiburan antarabangsa ketika dia berada di atas pentas Anugerah Video Muzik MTV 2010 dengan  mengenakan fesyen pakaian yang diperbuat daripada daging haiwan mentah. Keunikan busana ini adalah  inspirasi pemilik Old Homestead Steakhouse di New York, Amerika Syarikat. Baru-baru ini, ia menawarkan peminat Gaga untuk menempah  gaun daging seperti yang dikenakan Gaga.

Saturday, October 30, 2010

Kadang-Kadang...Jarangt-Jarang : Mother Delighted After Having Black And White Twins

Kes yang amat jarang berlaku apabila seorang ibu muda, Shirley Welsh, 21, telah mendapat sepasang cahaya mata [kembar]  lelaki dan perempuan berlainan warna kulit, seorang berkulit gelap dan seorang lagi berkulit putih. Leo Grenadian mirip ibunya, berkulit kulit gelap, mata coklat dan rambut tebal, Manakala putrinya adalah mirip ayahnya, dengan kulit terang, mata biru dan rambut jarang. Leo lahir dahulu beratnya 5lb 14oz diikuti oleh Hope adiknya di 6lb 3oz di Dewsbury District Hospital, West Yorkshire. [dailymail.uk]

Ibn Zuhr Doktor Pembedahan Terkenal Dunia Islam

Susunan KHAIRUNISA SULAIMAN[cyberita.asia1.com]
Ibn Zuhr merupakan satu nama keluarga saintis Muslim yang terkenal di Andalusia sejak abad ke-10 sehingga awal abad ke-13.
Antara individu yang paling terkenal dalam keluarga berkenaan adalah seorang pakar perubatan Abu Marwan Abd Malik Ibn abi Al-ala’ Zuhr.
Abu Marwan Abdal Malik Ibn Zuhr juga dikenali sebagai Ibn Zuhr, Avenzoar, Abumeron atau Ibn zohr hidup pada sekitar tahun 1091 hingga 1161 merupakan saintis Arab Muslim yang terkenal dalam bidang perubatan, pembedahan, parasitologi serta guru di Andalusia.

Thursday, October 28, 2010

'Muhammad' Nama Paling Popular Bayi Lelaki Baru Lahir Di Britain

'Muhammad' telah menjadi nama yang paling popular untuk anak laki-laki baru lahir di Britain mengatasi Jack  yang  sudah 14 tahun berada pada kedudukan teratas paling popular. Nama anak laki-laki yang paling popular kedua itu, Oliver, diberikan kepada 7.364 bayi.
Sebanyak 7549 bayi yang baru lahir telah diberi 12 variasi nama nabi  Muhammad tahun lalu, seperti Muhammad dan Muhammad.
Manakala Nama 'Olivia' paling popular untuk nama bayi perempuan dua tahun berturut-turut  diikuti nama Ruby dan Chloe.
Ejaan variasi yang digunakan  ini ialah: Muhammad, Mohammad, Muhammad, Mohamed, Mohamad, Muhamed, Mohammod, Mahamed, Muhamad, Mahammed dan Mohmmed. [sumber:dailymail.co.uk]

Wednesday, October 27, 2010

Giant Mushrooms

A man shows a mushroom as big as his forearm in Jianshan village of Yao autonomous county, Guangxi Zhuang autonomous region. Fertilized with special formula, one of these mushrooms weighs more than 2 kilograms. [Photo/Asianewsphoto] 

Joget Lambak

Macam-macam cara untuk mendapatkan perhatian dan sokongan semasa  hari penamaan calon pilihan raya kecil di Galas, ada joget lambak lagi..sesuai ke? hmm... Lihat video ini...

Tuesday, October 26, 2010

Cincin Berlian Pink Bernilai RM120 Juta Bakal Memecah Rekod Jualan

Tarikh 16 November depan sudah pasti  menjadi satu peristiwa penting dan bersejarah  bagi golongan masyarakat berkelas tinggi, seperti bangsawan diraja  Eropah dan bintang filem sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 1987 apabila sebentuk cincin berlian berwarna pink yang amat memukau sesiapa saja yang melihatnya akan dijual dalam satu upacara lelongan di Geneva, Switzerland.
Berlian Pink terbesar pernah ditemui dengan berat 25 karat  yang sebelum ini dimilki oleh Harry Winston an, kedai perhiasan AS untuk bintang-bintang akan dilelong dan dijangkakan dapat memecahkan rekod dunia dengan harga yang diharapkan mencapai sehingga £24million [ USD 38 juta...RM 120 juta]

Monday, October 25, 2010

Perhiasan Daripada Organ Tubuh Manusia & Haiwan ?

Berlin: Gunther Von Hagens, ahli anatomi Jerman yang terkenal dengan pameran dunia tubuhnya yang fenomenal, menjual organ tubuh manusia untuk dijadikan perhiasan atau hiasan rumah secara online. Organ-organ itu telah melalui proses plastiknasi yang menguras kandungan air dan lemak, sekaligus membuat produk itu tidak busuk.
Melalui websitenya, www.plastination-products.com, Hagens menjual satu tubuh manusia lengkap dengan organ tubuhnya dengan harga 70.000 Euro. Selain itu, ia juga menjual ogran-organ haiwan dan tiruan organ-organ tersebut dengan harga cukup lumayan.

Lauren Booth Adik Ipar Tony Blair Memeluk Islam

Adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair telah memeluk  Islam setelah mengalami pengalaman suci 'di Iran.Penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43,  adik  Cherie Blair sekarang memakai tudung yang menutupi kepala setiap kali dia meninggalkan rumahnya, sembahyang lima kali sehari dan melawat masjid tempatan. Beliau mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim enam minggu lalu setelah melawat makam Fatima al-Masumeh di kota Qom.
"Sekarang saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al-Quran setiap hari. Saya juga tidak lagi mengambil minuman keras sejak 45 hari yang lalu, tempoh terpanjang dalam 25 tahun, "katanya.' "Hal yang aneh telah  berlaku sebelum saya memeluk Islam.  Sejak saya berniat dan memutuskan untuk memeluk Islam, saya tidak ada selera menyentuh alkohol, sedangkan saya adalah seseorang yang mendambakan  wain  setiap hari. " 

Beliau berharap dengan perubahan yang berlaku ke atas dirinya dapat mengubah persepsi Tony Blair terhadap Islam.

Sunday, October 24, 2010

Sate Buntut Kambing? Sate Punggung Kambing

 
Sate kambing tentu sudah biasa anda nikmati. Bagaimana pula dengan sate ekor kambing atau sate punggung kambing? Sate ekor kambing yang juga dikenali dengan nama "sate buntut kambing" menjadi menu makanan popular di Purwokerto, Jawa Tengah.
Untuk anda yang suka mencuba untuk memasak menu makanan baru, berikut orang muo salinkan resepi dan cara menyediakannya.

Saturday, October 23, 2010

Teh Tarik Thai

Anda sudah biasa melihat aksi Juara Teh Tarik Malaysia. Bagaimana dengan aksi pembuat teh tarik Thai. Mari saksikan viseo berikut. Anda pasti terpegun melihatnya..

Friday, October 22, 2010

Bra Daripada Permata, Berlian Bernilai RM 7 Juta Termahal Di Dunia

Bra bernilai USD 2 juta dollar Amerika sedang diperagakan oleh seorang model , Adriana Lima di Victoria's Secret Soho Store, New York. Bra yang diperbuat daripada butiran 3000 berlian putih, permata , dan batu nilam hasil rekaan Damiani Jewelers merupakan antara yang termahal di dunia.

Kecil Lagi Sudah Jatuh Cinta... Kanak-Kanak Syria Umur 5 dan 3 Tahun Bertunang

Love sick: Khalid, shown here exchanging rings with Hala, refused to go back to nursery as he was missing his girlfriend, who he met on holiday
Pelik tetapi memang benar-benar berlaku. Seorang kanak-kanak lelaki Syria berumur 5 tahun telah bertunang dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun dengan adat pertunangan yang penuh meriah. Mereka berdua saling menyarungkan cincin pertunangan seperti pasangan dewasa yang dibelikan oleh  ibua bapa mereka. Khalid,5 dan Hala, 3, telah berkenalan semasa keluarga mereka dalam percutian di Lattakia.

Thursday, October 21, 2010

Ibu Dan Anak Belajar Sama Dalam Satu Kelas Di Sekolah Rendah

 Jiang Liju,37, sanggup belajar bersama-sama anak perempuannya di sebuah sekolah rendah  di Shenyang demi mendapatkan ilmu pengetahuan yang tidak pernah dikecapinya semasa zaman kanak-kanaknya. Jiang Liju,  penduduk asal Selatan China telah berhijrah  ke Wilayah Liaoning di Utara China kerana bekerja. Beliau berhasrat untuk meneruskan pembelajarannya bersama anaknya di sebuah sekolah rendah di Shenyang. Sebagaimana murid-murid lain, beliau juga dikehendaki mengikuti semua aktiviti pembelajaran serta aktiviti luar bilik darjah daripada gurunya yang hampir sebaya dengannya.

Wednesday, October 20, 2010

Buah Petai Penuh khasiat

MUNGKIN tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat. 
Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.

Tuesday, October 19, 2010

Pernah Makan Durian Bakar ? Ternyata Lazat

Pernah dengar menu makanan durian bakar?  Seorang peniaga di Kota Kembang Bandung, Sony Mulyadi telah berjaya mencipta sejenis makanan baru yang unik,kreatif dan inovatif iaitu "Duren Bakar" atau durian bakar. Rasa durian yang telah dibakar lebih lazat ditambah lagi dengan pulut hitam bersama kelapa muda yang juga dibakar. Gabungan 3 jenis makanan ini menjadikan durian bakar ternyata sangat enak dan lazat. Kulinari baru ini  menjadi tumpuan para pengunjung di situ kerana  kelainan rasa dan  ia makanan unik. 
Durian bakar ini boleh didapati di pusat makanan rakyat Grobak Bandoeng, Hyper Point, Jalan Pasteur, bandung. Harga sepangsa durian bakar Rp 15 ribu. Jika anda berkesempatan melancong ke Bandung, berkunjunglah ke tempat tersebut untuk menikmati durian bakar.

Monday, October 18, 2010

Kalimah Syahadah Pada Buah Tembikai

Seorang penjual buah-buahan, Suprijadi menunjukkan buah tembikai yang tertera tulisan arab dengan jelas kalimah 'Lailahaillallah'  di Gentengkali Surabaya' Indonesiabaru-baru ini. SubhanaAllah!

Sunday, October 17, 2010

Mi Bandung Muo 'Kedai Abang Sayang' Rasa Sekali Nak Lagi

Muo memang terkenal dengan mi bandungnya. Kebanyakan kedai makan di Muo meyediakan menu masakan mi bandung. Namun tidak semua gerai atau kedai makan yang betul-betul menyediakan mi bandung muo yang asli . Hanya beberapa buah kedai makan di muo mempunyai resepi mi bandung muo istimewa.
Sebuah kedai makan yang menyediakan mi bandung resepi asli  istimewa di Muo ialah Kedai No2 Abang Sayang, terletak di Setesen Bas Maharani, Jalan Maharani Muo. Walaupun kedai makannya comel dan biasa-biasa saja, tetapi mi bandungnya amat berbeza sekali keenakannya. Bau atau aroma mi bandungnya saja sudah menggoda dan membuka selera sesiapa saja yang menggemari mi bandung.

Friday, October 15, 2010

Jinak-Jinak Merpati Terpedaya Dengan Pujukan Burung Undan Di London Park

 Merpati bersantai di dalam skop undan...diberi peluang  untuk menyelamatkan diri..
Umum kita mengetahui makanan utama burung undan ialah ikan. Peristiwa pelik dan aneh berlaku di St James',Westminster London, apabila burung undan menjadikan burung merpati sebagai hidangan lazat!.

Thursday, October 14, 2010

Kanak-Kanak 20 Bulan Suka Makan Cili Pedas?

Naaman Amer, baru berusia 20 bulan dari Bandar Nablus, Tebing Barat begitu bersahaja dan berasa seronok makan cili hijau pedas seperti makan buah-buahan yang manis. Kanak-Kanak Palestine ini mula menggemari cili hijau sejak berumur 14 bulan lagi dan ibu bapanya pula begitu bangga dengan selera anaknya suka makan cili. Naaman Amir makan cili hampir setiap hari. Sehingga kini tiada sebarang masalah kesihatan menimpa ke atas kanak-kanak tersebut. Walaubagaimanapun perkara tersebut seharusnya dicegah atau dikawal supaya tidak mengganggu kesihatan kank-kanak ini terutamanya bahagian perut dan organ dalaman untuk jangka panjang kerana usianya yang masih terlalu muda. 

Wednesday, October 13, 2010

Chef Turki Cipta Rekod Telur Dadar Terbesar Dunia

Usaha menggalakkan orang ramai menjadikan telur sebagai makanan murah, sihat dan berkhasiat, 10 orang Chef dibantu oleh 50 orang tukang masak telah berjaya mencipta rekod dengan memasak "Telur Dadar Terbesar Dunia" baru-baru ini di Turki. Pasukan tukang masak  ini menggunakan 110 010 biji telur, dan 432 liter minyak masak  dengan menggunakan sebuah kuali leper gergasi berdiameter 10 meter.

Lelaki Tanpa Tangan Bermain Piano Dengan Jari Kaki Juara "China's Got Talent"

Seorang pemuda yang cacat anggota badan tanpa tangan telah memenangi pertandingan "China's Got Talent"  di Stadium Shanghai baru-baru ini. Liu Wei, 23, kehilangan sepasang tangannya setelah mengalami kemalangan terkena renjatan elektrik  semasa bermain sembunyi-sembunyi ketika berusia 10 tahun. Liu Wei mula belajar bermain piano ketika berumur 18 tahun dengan hanya menggunakan jari-jari kakinya.

Tuesday, October 12, 2010

Minum Darah Daripada Tanduk Rusa Untuk Tenaga?

Beberapa tempat di negara Cina seperti Langshan, berhampiran bandar Shaoyang di Wilayah Hunan percaya dengan sistem perubatan tradisional yang kadangkala amat asing dan luar biasa bagi kita. Perkara yang asing bagi kita ialah penduduk-penduduk  di Langshan mengamalkan minum darah segar daripada tanduk rusa yang masih hidup untuk memulih atau menguatkan tenaga. Tanduk rusa  mempunyai "tubular structure" yang dipenuhi dengan darah.

Monday, October 11, 2010

Real Motorbike Stunt

This guy have the potential to be a professional stunt man! Don't try this!
Sekali tonton aksi  berani mati dalam video di bawah memang rasa seronok dan kagum dengan kebolehan serta keberanian tahap gila si penunggang motosikal. Menunggang sambil membuat pelbagai aksi berbahaya dan ngeri tanpa menggunakan alat keselamatan seolah-olah pemuda tersebut seperti kurang waras kerana langsung tidak menunjukkan perasaan takut akan kemalangan.. Anda tonton dan nilai sendiri sama ada ia lebih memberi kesan yang baik atau sebaliknya...

Sebatang Pensel Hasilkan 56 Kilometer Garisan

SEJAK di bangku sekolah, pelajar telah menggunakan pensel sebagai medium untuk menulis dan merekodkan apa yang dipelajari. Alat tulis tersebut sebenarnya diperbuat daripada sebatang pigmen yang terdiri daripada bahan grafit berwarna ayau arang. Pigmen itu diletakkan di dalam sebatang kayu keras atau plastik sebagai material luar yang menyokong dan membentuk pensel. Secara puratanya, sebatang pensel

Sunday, October 10, 2010

Char Kway Teow Berkuah Muhd Faris Sg Abong Memang Umph!

Char Kway Teow berkuah biasanya hanya didapati di sebelah Utara Semenanjung terutamanya di Pulau Pinang. Namun begitu anda yang tinggal di Muo tidak perlu ke utara untuk mendapatkan Char Kway Teow Berkuah ini. Seorang pengusaha gerai makanan, En Muhd Faris B Mahad, 27 merupakan satu-satunya peniaga yang menjual Char Kway Teow berkuah di Muo. Gerainya yang terletak di Taman Sungai Abong Mulia, Jalan Sungai Abong, Muo begitu popular kerana rasanya yang begitu lazat dan menyelerakan.
Gerainya sentiasa dikunjungi pelanggan sama ada dari jauh atau dekat sehingga larut malam.
Antara bahan rahsia yang menambahkan rasa lazat Char Kway Teow Berkuah En Muhd Faris ialah kicapnya. Beliau menyediakan kicap tersebut menggunakan ramuan sendiri.
Saiz mi teow yang digunakan dalam masakannya lebih kecil dan rasanya lebih lembut yang ditempah khas di sebuah kilang mi di Muo

Sunday, October 3, 2010

Aceh : Hukuman Rotan Kerana Berniaga Makanan Pada Waktu Siang Bulan Ramadan

Murni Amris receives three lashes after being caught selling food to the public in Aceh during the holy month of Ramadhan
Aceh- Dua orang wanita telah dijatuhi hukuman rotan setelah didapati bersalah mengikut undang-undang Syariah kerana melakukan aktiviti perniagaan menjual makanan [nasi] pada waktu siang bulan Ramadan yang lalu. Kedua-dua wanita ini diberkas oleh sepasukan polis syariah pada 23 Ogos ketika sedang berjualan.
Murni Amris, 27 menerima 3 kali sebatan manakala Rukiah Abdullah, 22 menerima dua kali sebatan di khalayak ramai dekat masjid di bandar Jantho, Banda Aceh, Indonesia. 
Undang-undang Syariah Islam mula dikuatkuasakan di Aceh sejak 2005. " Sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini mereka akan dikenakan hukuman penjara selama setahun atau denda USD $340 atau sebatan dikhalayak ramai maksimum 6 kali sebatan." Lain pula apa yang berlaku di negara kita Malaysia...

Friday, October 1, 2010

NOKIA N8 Eye Openers [Nokia N8 Idamanku]

Kenali Nokia N8 - 'smartphone' terbaru yang membolehkan anda merakam foto-foto yang mengagumkan, merakam video HD sebenar, dan mainkan semuanya di kaca TV HD anda!
Nokia N8 merupakan telefon pertama dengan lensa kamera 12 Megapiksel dan Optik Carl Zeiss, untuk kualiti foto yang sempurna. Telefon ini juga dilengkapi dengan perakam video HD dan HDMI.  Jadi anda boleh menjadi pereka filem, dan menontonnya bersama keluarga  di kaca TV HD anda.
Touchscreen dan casing aluminium ramping memang suatu ciri yang dijangkakan untuk telefon yang menarik, dan dengan aplikasi dan peta, Nokia N8 merupakan salah satu telefon pintar yang paling menarik pada tahun ini. 

Kanak-Kanak Tertinggi Dunia?

Towering twos: Two and a half year old Karan Singh, who is 4ft 5in tall, posing here with his same-age friends in Meerut, India, is believed to be the tallest toddler in the world 
Karan Singh baru berusia 2 tahun 6 bulan tetapi  ketinggiannya sudah mencapai 4 kaki 5 inci dengan berat badannya melebihi 40 kilogram! Saiz badan Karan Singh menyamai kanak-kanak berumur 10 tahun dan dipercayai sebagai kanak-kanak tertinggi di dunia. Karan tinggal bersama keluarganya di Meerut, India .Ibunya, Shweatlana Singh, 24 tahun merupakan wanita tertinggi di Asia dengan ketinggian7 kaki 2 inci