Thursday, September 9, 2010

Bahang Hari Lebaran Di Sana-Sini [Foto]

 
Singapura : Berbelanja  pada saat-saat akhir menjelang Aidilfitri esok menyebabkan pasar Geylang Serai sesak dan 'ribut' semalam.
 
BAHANG Lebaran.. Norhazira Sahibul, 25, dari Kampung Pampang Batu 10, Sandakan menunjukkan ketupat yang dianyamnya sendiri untuk dijual di Jalan Satu Sandakan. Ketupat anyaman sendiri itu dijual dengan harga RM1 bagi seikat. - Foto BERNAMA
KEPULANGAN anak Kelantan diperantauan menjelang Hari Raya Aidilfitri ini menyaksikan bandar Kota Bharu mula sesak dengan pelbagai jenis kenderaan. Kesesakan itu turut menjejaskan operasi harian orang ramai yang ingin membeli-belah bagi membuat persiapan menjelang hari-hari terakhir Ramadan. Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk ialah Jalan Sultan Yahya Petra terutama di kawasan berhampiran kompleks membeli-belah KB Mall, Jalan Tok Hakim dan Jalan Pintu Pong- Utusan
ORANG ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan daging segar yang dijual pada Program Mantai Perdana dan Pasar Tani Aidilfitri 2010 di tapak bekas Kem Paroi, Seremban. 8 Sept. - Utusan/MD. SHAHJEHAN MAAMN
DAMAR RAYA: Ismail dibantu isterinya memasang pelita merupakan juara bertahan selama sembilan tahun berturut-turut dalam pertandingan pelita yang diadakan di Kampung Padang Hangus, Kuala Terengganu. - Foto Rozainah Zakaria
PANGLIMA Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Azizan Ariffin membakar lemang untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anggota tentera dari Batalion Pertama Rejimen Sempadan yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Pos Tok O, Rantau Panjang. 8 Sept. - Utusan/HAFIZ JOHARI
BERIBU-RIBU warga Indonesia yang bekerja di Malaysia bersiap sedia untuk pulang bercuti ke negara mereka bagi meraikan perayaan Hari Raya bersama keluarga masing-masing, di jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang, Selangor, 7 Sept. - Utusan/MOHD SHAHARANI SAIBI
Jalur Pantura Suradadi, Kabupaten Tegal, Indonesia. Ribuan kendaraan  dari arah barat sarat dengan penumpang menuju destinasi  pulang menyambut hari lebaran Sedangkan dari arah timur didominasi bas kosong setelah menurunkan penumpang. (SM Cybernews/ Makhjudin Zein) 

2 comments:

aku_gayahspears said...

wah.. sakan raya kan.. hukhuk3... orang ramai byk wat persiapan nk raya.. Yelah setahun sekali je...

paneh said...

Minal a'eedin wal fa'izin Orang Muo.