Monday, September 20, 2010

Bagaimana Tumor Terjadi?

Susunan NAZRUL AZIM SHARUDDIN
Secara asasnya, tumor atau lebih dikenali sebagai ketumbuhan terbentuk disebabkan keradangan yang berlaku pada tisu biologi manusia.
Ia boleh dibahagikan kepada ketumbuhan berbahaya dan juga ketumbuhan tidak merbahaya.
Tumor berpunca daripada perubahan kandungan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengehadkan pembahagian sel dan seterusnya menghalang keupayaannya untuk berkembang.

Jika mekanisme tersebut terus membantut, ia akan menyebabkan kemusnahan sel dan akhirnya akan membentuk barah.
Barah akan terjadi apabila terdapat gabungan berapa keradangan dan ia tidak akan berlaku sekiranya hanya terdapat satu mutasi sel.
Masalah barah itu kemudiannya akan terus membesar dan menjadi serius sekiranya ia dijangkiti oleh virus pula.
Mencari penyelesaian permasalahan itu, kebanyakkan ahli perubatan kini telah mengaplikasikan kaedah jujukan mikro DNA untuk menghalang kejadian tumor.[cyberita.asia1.com.sg]

No comments: