Sunday, August 15, 2010

Tragedi Ribut di Baazar Ramadhan Jasin Melaka

Tragedi ribut di Basar Ramadhan Jasin Melaka. 3 terkorban dan 18 cedera.Lihat video & foto tragedi tersebut
JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.
Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.
Saleha Husin, isteri kepada Abdul Omar yang meninggal dunia dalam kejadian ribut di Bazar Ramadan Stadium Jasin, kelihatan sedih dan sayu ketika mengemaskan barang-barang perniagaannya di Jasin, Melaka, 14 Ogos. - Utusan Malaysia
 
Salah seorang peniaga mengutip barang-barang yang berharga di gerainya di Bazaar Ramadan Stadium Jasin yang berselerak selepas dipukul ribut mengakibatkan dua peniaga maut dan beberapa lagi cedera di Jasin, Melaka, 13 Ogos. - Utusan
 
Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.
Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.
"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.
Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.

3 comments:

MatRacing said...

harap pihak yg terlibat dapat bersabar...

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe tanya pak sedara awe, dia kata hanya stadium tu je yg dilanda ribut...alhamdulillah pak sedara awe trgerak hati nak niaga kat tangkak...semoga Allah memberkati kehidupan kite semua..amin

Idalara said...

amat terkejut dgn kejadian ini..cuba hubungi seorg sahabat yg tinggal di kawasan berdekatan namun tiada jawapan..

Al Fatihah buat yg terkorban..