Tuesday, August 31, 2010

Tradition : Hari Raya & Dodol

Encik Ideris Ibrahim bersama isteri [Kampng Baru, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang]  sedang sibuk memasak 100 kg dodol  untuk memenuhi tempahan sempena hari raya tidak lama lagi. foto by Syed Ismail Syed Abu Bakar NST

Dodol, kuih tradisional yang begitu sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Walaupun dodol kurang digemari oleh anak-anak zaman IT, namun permintaan terhadap kuih tardisional ini masih tinggi dan mudah didapati di pasaran.  
Dodol merupakan antara pelbagai jenis kuih tradisional Melayu yang seharusnya dipelihara supaya tidak pupus dan dilupakan oleh generasi sendiri kerana kuih tradisional ini merupakan wajah dan identiti bangsa kita.
Jika kaum lain di Malaysia menggemari dodol mengapa kita sendiri mahu melupakannya. 
Ingatlah, sesedap manapun makanan moden sekarang, ia tidak sama dengan makanan tradisonal kerana kuih tradisional  mempunyai nilai-nilai estetika asal-usul, adat, dan budaya peradaban tamadun sesuatu bangsa.
'Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin'

No comments: