Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan 'Dengan Jalur Gemilang Gergasi'

Muar, 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di sebuah sekolah rendah di daerah Muo [SK Parit Jawa Muar] telah dilangsungkan dengan meriahnya apabila 'Jalur Gemilang Gergasi' selamat dikibarkan pagi tadi. Program sambutan Hari Kemerdekaan yang dimulakan seawal 7.30 pagi  di dataran perhimpunan itu disertai oleh 600 orang murid, 50 orang guru, 14  orang staf dan pekerja sekolah. Selain itu seramai 10 orang guru pelatih dari Institut  Perguruan  turut serta  menjayakan sambutan  itu.
Menurut Guru Besar, YM Raja Mohd Naguib B Raja Ali, sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah pada tahun ini diadakan agak unik kerana buat julung kalinya pihak sekolah berjaya membina 'Jalur Gemilang Gergasi' hasil kerjasama staf sekolah. Jalur Gemilang berukuran 4 meter lebar x 12 meter panjang berjaya disempurnakan dalam tempoh sehari sahaja berkat kerjasama padu daripada semua pihak. 
 
"Setiap tahun sekolah ini mengadakan sambutan tersebut bertujuan untuk menyemai sikap semangat cintakan tanah air sejak daripada kanak-kanak lagi supaya apabila mereka dewasa  akan menjadi rakyat berguna, setia dan taat kepada negara serta sanggup berkorban harta dan nyawa demi negara. Tujuan 'Jalur Gemilang Gergasi' ini dibina adalah untuk memberi kesedaran bahawa  setiap warga negara hendaklah berasa megah dan bangga dengan 'Jalur Gemilang' selain untuk membentuk  dan menanam sikap jati diri murid, serta membina sahsiah taat setia kepada negara tercinta," kata Guru Besar SKPJ
Antara acara menarik sempena sambutan tersebut ialah persembahan koir, deklamasi sajak oleh guru dan murid serta nyanyian lagu-lagu patriotik beramai-ramai. '1 Malaysia Menjana Transformasi'

 
 

Kerja-kerja menyiapkan 'Jalur Gemilang Gergasi SKPJ'
 

11 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

salam merdeka untuk orang muo

Pacifist said...

salam ziarah orang muo
setiap manusia dilahirkan merdeka sejak fitrah kejadian,ttp bukan bebas sebebasnya,ttp bebas yg mempunyai batas/hak.datangnya islam membebaskan manusia drp penghambaan sesama manusia.dgn pelbagai ideologi dicipta utk menyesat dan mengikat manusia.manusia itu bebas bila mereka menjadi 'hamba' Allah.bknkah kita sering berdoa agar 'title' 'hamba' diterima oleh ALLAH.ttp jika sesama manusia,kita cuba membebaskan dr penghambaan.ttp jiwa hamba sesama manusia masih wujud hingga kini,masakan negara yg merdeka masih terikat dgn isme2(fahaman) tinggalan penjajah dan merasakan tinggalan penjajah itu masih terbaik utk negara.sifat inferior complex masih menebal walaupun penjajah telah pergi.ini yg disukai penjajah,meneruskan legasi peninggalan penjajah @ gelaran yg diberi kpd mereka ini adalah "budak-budak british/inggeris/barat"
-salam kemerdekaan yg hakiki
-kita masih dlm proses memerdekakan minda
-keluar dr penghambaan sesama manusia kpd penghambaan kpd Al-Khaliq

g0m0k9enDek said...

sudah tg org muor d n3 sayer... ada award! cpt tgok!

De'din said...

stuju dgn pacifist..
kita mash perlu memerdekakan minda kita
Salam merdeka

Syafiq Kadiran said...

selamat menyambot kemerdekaan

ozzy said...

salam..
Wah meriahnya sambutan kemerdekaan di sini..tahniah & selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke 53

zulkbo said...

Salam Kemerdekaan negara
kita-53..semoga anda selalu sihat
untuk menikmati dan menghayati
makna kemerdekaan sebenar..
جزاك اللهُ خير

ayin~weeweet said...

peh meriah gile.

TERIMA KASEH MALAYSIA :)

wanshah said...

Salam pakcik muo, design skolah tu mcm sama la ngn design skolah saya dulu. sebijik.. tengok budak2 skolah sambut hari merdeka, teringat batch saya uruskan sambutan hari merdeka dulu. sampai skarang ni cikgu2 skolah saya tu teringat sambutan yang batch saya buat. cz kitorang memang wat yang terbaik. Pakcik muo ni cikgu ke?.. :)

Salam Ramadhan.
Salam Kemerdekaan &.
Salam Raya Aidilfitri.

http://wanshah87.blogspot.com

orang muo said...

to wanshah: pakcik muo hanya wartawan sambilan saja :)

Cik Awynn said...

ini sekolah rendah saya. salam cikgu muzik. hehehe.