Subscribe Us

Menu Berbuka Puasa : Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah


Keenakan  'Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah' yang pernah orang muo nikmati ketika berkunjung ke Dungun bersama keluarga  pada tahun 2009 masih lagi segar dalam memori kerana rasanya yang sangat sedap.


Kepada para ibu atau isteri yang sedang buntu memikirkan menu untuk berbuka puasa petang ini boleh mendapatkan resepinya di sini:


Bahan-bahan untuk nasi:
2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara menyediakan:
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam

2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.


Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam
3 s/b rempah kari daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 inci halia dikisar
3 batang serai dikisar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam

2. Gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga garing. 


Bahan-bahan untuk sambal belacan:
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
Garam
2 biji limau nipis

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.

2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.

[Koleksi Resepi Online]

Catat Ulasan

3 Ulasan

pemanas cerita berkata…
senang lg jdi aku.apa mak masak tu la aku mkn.hehee
mira_nas berkata…
hehe.. kat SP ada satu kedai yang sedap buat nih.. sedap.. huhu
Azwandy Bin Muhamad berkata…
salam..wah...sedapnye nasi kukus..
dah lama x makan nasi kukus..huhu...