Saturday, August 28, 2010

Ops Sikap : Selamat Hari Raya 'Bersopan & Sabar Di jalan Raya'

Setiap kali tiba musim perayaan maka pihak anggota keselamatan pun melancarkan [ops sikap] operasi kempen keselamatan jalan raya kerana jumlah pengguna jalan raya meningkat berkali ganda  sehingga menyebabkan kesesakan . Berbagai-bagai kempen, nasihat dan peringatan  diberikan setiap hari melalui media cetak mahupun elektronik. Malangnya sesetengah pengguna jalan raya  tidak menghiraukan kempen tersebut. Mereka langsung tidak mengambil berat dan tidak menghiraukan keselamatan diri atau keselamatan orang lain. Akibatnya berlakulah insiden yang tidak diingini. Jumlah kemalangan ngeri & maut terus meningkat. 
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba, marilah kita sama-sama mengamalkan budaya bersopan di jalan raya demi kebaikan bersama. Pandu cermat jiwa selamat. Sikap sabar dan cermat  ketika berada di jalan raya boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. Sayangilah nyawa anda serta keluarga. Elakkan tragedi
Jika haiwan seperti gajah tahu mematuhi peraturan jalan raya mengapa pula kita manusia berakal seperti amat sukar untuk memahami erti 'safety first ' atau utamakan keselamatan ketika berada di jalan raya. Lihat bagaimana sekawan gajah begitu berhati-hati serta  bersikap toleransi ketika melintas jalan raya.
Wild elephants cross an expressway in Xishuangbanna National Nature Reserve in Southwest China's Yunnan province

 A policeman makes sure elephants cross the expressway safely.

2 comments:

g0m0k9enDek said...

tapi gajah dalam gamba tu x bersalah! nampak sangat alor untuk gajah tu dah hilang... dah kena buat jalan.. hahaha..

Dhiaqiud said...

kite mmg kene hati2 d jln raye..kpd sesape yg blk raye lalui grik berhati2 la..hati2 ngan gajah melintas yer..