Sunday, August 22, 2010

Hukum Solat Jumaat Sunat Jika Menunaikan Solat Hari Raya Jatuh Pada Hari Tersebut

[sumber :mykhilafah.com ]
Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?
Kesimpulan
Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka hukumnya adalah seperti berikut:Pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya (‘Eid), maka gugurlah kewajipan solat Jumaat ke atasnya. Dia boleh memilih sama ada untuk menunaikan solat Jumaat ataupun tidak. Namun, disunnahkan baginya untuk tetap melaksanakan solat Jumaat.
Kedua, jika orang yang telah menunaikan solat hari raya memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, wajib baginya untuk melaksanakan solat Zohor.

Ketiga, bagi mereka yang tidak menunaikan solat hari raya pada hari tersebut, wajib baginya untuk solat Jumaat. Dia tidak boleh meninggalkan solat Jumaat lalu menunaikan solat Zohor sebagai ganti.Demikianlah hasil pentarjihan bagi masalah ini berdasarkan dalil-dalil syar’ie yang ada.
Wallahua’lam.
Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?

Jawapan:
baca seterusnya..KH. M. Siddiq Al-Jawi

6 comments:

King Of Single said...

ohh terima kasih atas info ini ...
slalu gak keliru..dan taye ayah cmne ek org laki kalw hari raye jtuh hari jmaat..?

huhu..now, da lebih jelas laa ;p

- koroe - said...

nk tambah bleh..hehe..
sebenarnye hadis pasal boleh skip semayang jumaat kalo hari tu raye eid tu untuk org dulukala.dlu ade golongan yg tgal kat kawasan yg jauh ngan masjid.kalo dorg dah dtg semayang raye,ade keringanan la untuk dorg untuk skip jumaat.

skg pon boleh diamalkan tapi lebih baik pergi kedua dua nye la kan..rumah bape jengkal je dari masjid.kalo jauh ckit pon,moto ade,kete ade kan..

islam itu indah.carilah keredhaad Allah.tekun la dalam beribadat.kalo ade salah dan silap,sila tego..huu

orang muo said...

to koroe ..setuju..ikut situasi la kan

ataicha said...

yupp.. sebelum ni x tau sangat pasal hal ni..

mungkin apa yang koroe cakap tu ada betul gak..

lagipun umah kat kampung berdekatan je ngan umah.. so x elok plak kalau dah dengar azan tapi tidak meramaikan masjid kan?.

wachak said...

Bagi pendapat wa, Allah dah bagi
kelonggaran / kemudahan gunakanlah
peluang yg diberi. Lagi pun masa
antara solat sunat eid ngan solat
jumaat terlalu rapat. Lebih kurang
3 jam lebih. Bila ada kelonggaran
macam ni tak der lah terkejar2 org
nk ziarah menziarahi semasa raya.
Lagi satu kemudahan yg Allah bagi
kat kita semasa balik kampung ni
( musafir ) iaitu solat jamak +
qasar. Gunakanlah sebaik2nyer.

zalizalu said...

penah skali tu, da lupa tahun apa, ari raya = ari jumaat... kami terpaksa batalkan trip nak balik kampung... huuu.. thanks untuk entri ini....