Monday, August 2, 2010

Bersarapan Pagi Dengan Sate Muo!


Sate muo..satu lagi makanan popular di daerah muo selain mi bandung muo. Satu perkara yang agak unik di muo ialah bersarapan pagi dengan sate muo!. Bagi mereka yang belum pernah bersarapan pagi dengan sate tentu berasa agak pelik bukan. Di daerah Muo makan sate pada waktu pagi adalah satu perkara biasa malah ia satu hidangan atau menu istimewa di sini. Namun begitu hanya beberapa buah restoran atau kedai makan saja di Muo yang menyediakan hidangan sate pada waktu awal pagi.
Antara restoran atau kedai makan yang menyediakan hidangan sate untuk sarapan pagi ialah 'Restoran Sate Pn Rosnani' bersama suaminya En Haron b Samad terletak di Jalan Maharani berhadapan dengan Stesen Bas Ekpres dan Teksi Muo.  Mereka menjalankan perniagaan menjual sate sejak 30 tahun dahulu bermula secara kecil-kecilan. Perniagaannya semakin berkembang maju kerana rasa satenya yang begitu lazat. Kelembutan daging sate serta rasanya yang enak dan lazat menjadi igauan setiap pelanggan yang pernah menikmatinya.

Kini, perniagaan sate mereka mendapat sambutan yang amat baik  daripada pelbagai kaum dan peringkat umur. Oleh sebab bilangan pengunjung yang semakin bertambah, anak dan menantunya telah membuka kedai makan 'Restoran Renny Terminal' bersebelahan dengan kedai makan milik ibunya.
Para pengunjung Restoran Sate Pn Rosnani & Renny Terminal memenuhi ruang makan sehingga melimpah ke luar di tepi kaki lima kedai
Menurut menantu Pn Rosnani yang juga pemilik Kedai Makan Renny Terminal,  dianggarkan lebih 2000 cucuk sate terjual pada setiap hari. Pada hari minggu dan cuti umum jualan satenya boleh mencapai sehingga hampir 3000 cucuk. Jenis sate yang dijual ialah sate ayam, sate daging dan sate perut. Selain sate, restoran ini juga menyediakan menu pilihan seperti mi rebus. soto, dan nasi lemak. Restoran sate ini dibuka seawal jam 6.30 pagi hingga 6 petang.

Perkhidmtan yang disediakan juga amat bagus kerana mempunyai pekerja dan pembantu yang mencukupi dan cekap. Pengunjung tidak perlu menunggu lama walaupun bilangan pelanggan yang ramai.
Restoran ini juga sedia menerima tempahan sate untuk majlis- majlis perayaan atau kenduri-kendara.

sate ayam, sate perut & sate daging
[ Promosi ini adalah percuma_ orang muo ]

21 comments:

Idalara said...

salam org muo..
amboi pagi2 sarapan sate..tak penah pulak sy cuba...terliur tguk sate perut.

Q said...

kalu pagi berkepul-kepul asap sate di jalan. semerbak...jangan lupa mee rebus juga..

www.movietree.net said...

Semenjak blogwalking inilah pertama kali jumpa entry paling SEDAP! Jemput kelaman blog saya dvdrip[ www.movietree.net :D

ozzy said...

salam..
Mungkin boleh promosi kat KL juga sate muo ni..tak penah rasa lagi

POLARIS said...

mmg sedap...try le...masa kecik2 dulu rasa pelik gak pepagi ada sate...:)

zikeryhassan said...

sedapnya sate. sate muar dgn sate kajang mana lagi sedap eh?

Asma said...

x kesah sate mana..sate mmg kena ngan selera saya..ngeh3..seb bek x pakai susuk..

Aanas said...

wah pagi2 udah eksesais mulut nguyah sate.. hihi, hari tu ummi dok selongkar kabinet dapur aruah ibu, jumpa beberapa keping mee siput yang belum digoreng.. buat la entri mee siput pulak ..ada lagi tak jual kat muo..

piewahid said...

selain mee bandung dan sate, asam pedas muo pun boleh tahan terkenalnya... :)

zulkbo said...

salam..
singgah nak order
sate muor ni 50
he he..post laju
la kat sini..
pak cik saya orang
muar..raya mesti tak
miss makan sate ni

sop said...

pagi2 dah ramai.. mesti sedap sate sini..

hanyzan30 said...

Bismillah,
Ya Allah kau rahmati dan berkati tuan punya blog ni dan rakyat MUAR,berilah perlindungan di dunia dan akhirat...
Jadikan Islam Itu Panduan Hidup...
Allahuakbar 3x

MyToha said...

pergh...
sedap tu sate...
layan time breakfast lak tu..
mantap..
hehe..

[url=http://mytoha.com/blog]MyTohaDOtCom[/url]

Mama JnJ said...

salam tuan rumah..uniknya pagi2 ada jual sate kat sana..

BezBuddy said...

adehh...dahla tgh pose ni...sbr jela tgk pic die...hehehe

wanshah said...

tak berkesempatan lagi nak pergi ke muo. sedare mara wife ada la dekat muo tu. nanti kalau saya ke muo, boleh la roger2 orang muo ek?.. gi makan satay sama² pun ok gak tu. huhuh..

http://wanshah87.blogspot.com

AUR said...

Kali pertama pekena sate masa sarapan pagi di Kuala Terengganu...dekat2 ngan Pasar Payang..

Pelik jugak...tapi orait jugak...

ketingting said...

tak pernah makan sate muar lagi. sebab tak pernah sampai muar. sate kajang selalu. ehehe

ASaDa RyutaRo said...

1st time lak dengar makan sate jd menu utama breakfast.. tapi siyes nampak sangat menyelerakan.. tambah2 time komen ni perut tgh lapar.. huhu..

**belum pernah ke muar, tp teringin nak pegi. bila la akan dtg ke muar ni ea.. isk..

wanshah said...

ASaDa RyutaRo, pakat² la ngn mmber² wat rombongan ke muo. macam rombongan skolah dulu² la. huhuhu..

http://wanshah87.blogspot.com

yastro said...

Lama dah x g Muo nih...






p/s: Asal orgtua sy org B/Pahat,skg dh duk kt Pahang.Sedara pun dh jarang jenguk smjak nyai dh x ade.