Wednesday, August 11, 2010

Bagaimana cahaya membunuh virus?

Bagi menghalang jangkitan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi seperti basuh tangan, menutup mulut semasa bersin, tidur yang cukup, jangan menggosok mata selepas menyentuh hidung dan makan banyak sayur serta buah-buahan.
Bagaimanapun virus selesema boleh bertahan pada tapak tangan selama beberapa jam atau beberapa hari di tempat yang sesuai. Pembersih tangan (hand sanitizer) yang digunakan oleh orang ramai masih tidak dapat membunuh semua jenis kuman.
Apabila virus masuk ke dalam badan, ia sukar dibunuh malah antibiotik juga tidak dapat membunuh virus berkenaan. Malah antibiotik atau vaksin perlu diubah setiap tahun bagi disesuaikan dengan strain yang berubah mengikut keadaan.
Biasanya sistem imunisasi boleh membunuh banyak jenis virus tetapi beberapa virus seperti Ebola, dan influenza boleh jadi berbahaya. 

Bagaimanapun kadang-kala beberapa virus yang terdedah kepada cahaya yang berterusan boleh mati. Kajian yang dijalankan oleh Kong-Thon Tsen dari Arizonastate University bersama-sama dengan penyelidik dari John Hopkins University menunjukkan cahaya daripada laser berkuasa rendah boleh membunuh virus.
Teknik laser dikatakan lebih berjaya berbanding kaedah lain untuk membunuh virus selain tidak membahayakan tisu sihat lain. Dalam kajian berkenaan, penyelidik berkenaan, penyelidik mendedahkan virus dengan cahaya laser ungu pada 100 femtosaat (satu juta billion sesaat) menyebabkan kulit luar virus bergetar dan rosak. 

Akhirnya virus menjadi tidak aktif sementara kawasan sekitar virus tidak rosak manakala virus tidak boleh bermutasi. Rawatan berkenaan masih lagi dalam peringkat ujian dan jika berjaya, ia boleh digunakan untuk menyucikan darah daripada pelbagai jenis virus.

[cyberita]

1 comment:

maCy said...

ouh. menarik. takut sekarng byk jangkitan~