Tuesday, August 31, 2010

Tradition : Hari Raya & Dodol

Encik Ideris Ibrahim bersama isteri [Kampng Baru, Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang]  sedang sibuk memasak 100 kg dodol  untuk memenuhi tempahan sempena hari raya tidak lama lagi. foto by Syed Ismail Syed Abu Bakar NST

Dodol, kuih tradisional yang begitu sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun. Walaupun dodol kurang digemari oleh anak-anak zaman IT, namun permintaan terhadap kuih tardisional ini masih tinggi dan mudah didapati di pasaran.  

Tradition : Hari Raya & Lemang

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.
Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.
Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia

Sambutan Hari Kemerdekaan 'Dengan Jalur Gemilang Gergasi'

Muar, 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 di sebuah sekolah rendah di daerah Muo [SK Parit Jawa Muar] telah dilangsungkan dengan meriahnya apabila 'Jalur Gemilang Gergasi' selamat dikibarkan pagi tadi. Program sambutan Hari Kemerdekaan yang dimulakan seawal 7.30 pagi  di dataran perhimpunan itu disertai oleh 600 orang murid, 50 orang guru, 14  orang staf dan pekerja sekolah. Selain itu seramai 10 orang guru pelatih dari Institut  Perguruan  turut serta  menjayakan sambutan  itu.

Monday, August 30, 2010

Bangkok : Pelancong Asing Kesal Penguatkuasa Mengenakan Denda Kerana Sepuntung Rokok

CAUGHT SMOKING: A French couple line up at a Bangkok Metropolitan Administration's [BMA] booth to pay a fine for littering.
Kempen menjaga kebersihan bandar raya Bangkok telah dikuatkuasakan sejak beberepa minggu yang lalu untuk memastikan bandar raya tersebut bersih daripada sampah-sarap kepada orang ramai tidak terkeculai pelancong-pelancon asing.

Sunday, August 29, 2010

Nilai Mata Wang Tinggi & Jualan Potongan Harga,Rakyat Brunei Membeli - Belah Di Miri

Deretan kenderaan sejauh 3km warga Brunei berbaris panjang di sempadan Sungai Tujoh, Brunei -   Miri untuk membeli-belah di pasar raya Miri sempena cuti Nuzul Quran dan hujung minggu. Dengan nilai mata wang Brunei yang lebih tinggi berbanding ringgit Malaysia [ Brunei $1  = RM 2.30 ], Miri menjadi tumpuan penduduk Brunei  berbelanja kerana hampir semua pasar raya menawarkan jualan potongan harga menjadikan harga barangan lebih murah bagi warga Brunei.[sumber : bt.com.bn]

Hari Raya : Mercun & Bunga Api & Tragedi


Membakar mercun dan bunga api adalah budaya kaum Cina menandakan bermulanya Tahun Baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. 
Tradisi membakar mercun ini telah menular dan meresap perlahan-lahan sehingga menjadi kemestian bagi masyarakat Melayu dan juga India di negara kita setiap kali tiba musim perayaan masing-masing. 
Namun tujuan mereka membakar mercun hanyalah sekadar memeriahkan sambutan hari perayaan tersebut, bukan bertujuan menghalau hantu atau nasib malang mengikut kepercayaan masyarakat Cina.
Peliknya, pembakaran mercun oleh masyarakat Cina tidak pula mengakibatkan kejadian malang. Jarang sekali kita mendengar kes kematian, kecederaan dan kebakaran akibat pembakaran mercun yang dilakukan masyarakat Cina.

Saturday, August 28, 2010

Ops Sikap : Selamat Hari Raya 'Bersopan & Sabar Di jalan Raya'

Setiap kali tiba musim perayaan maka pihak anggota keselamatan pun melancarkan [ops sikap] operasi kempen keselamatan jalan raya kerana jumlah pengguna jalan raya meningkat berkali ganda  sehingga menyebabkan kesesakan . Berbagai-bagai kempen, nasihat dan peringatan  diberikan setiap hari melalui media cetak mahupun elektronik. Malangnya sesetengah pengguna jalan raya  tidak menghiraukan kempen tersebut. Mereka langsung tidak mengambil berat dan tidak menghiraukan keselamatan diri atau keselamatan orang lain. Akibatnya berlakulah insiden yang tidak diingini. Jumlah kemalangan ngeri & maut terus meningkat. 
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba, marilah kita sama-sama mengamalkan budaya bersopan di jalan raya demi kebaikan bersama. Pandu cermat jiwa selamat. Sikap sabar dan cermat  ketika berada di jalan raya boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain. Sayangilah nyawa anda serta keluarga. Elakkan tragedi

Friday, August 27, 2010

Apakah Kajian Genetik?

 Susunan NAZRUL AZIM SHARUDDIN[
GENETIK merupakan bidang sains yang mengkaji fenomena pewarisan dan variasi dalam makhluk hidup. Maklumat genetik tersebut disimpan dalam kromosom yang terbentuk daripada molekul asid deoksiribonukleik (DNA).
Setiap maklumat itu akan menentukan faktor fizikal serta perlakuan organisma hidup secara menyeluruh. Di samping itu, ia juga akan menentukan faktor luaran lain seperti pemakanan dan persekitaran.
Organisma hidup yang akan menghasilkan generasi baru pula kemudiannya akan memindahkan maklumat genetik melalui kromosom dengan bilangan yang sama.
Bentuk dan saiz kromosom adalah berlainan dalam organisma yang berbeza. Sekarang ini, bidang genetik dibahagikan kepada dua jenis iaitu genetik klasik dan genetik molekul yang menggunakan teknik pengklonan.

[cyberita.asia1.com.sg]

Thursday, August 26, 2010

Pengomen Misteri: Komentar Berbaur Perkauman, Hina Melayu & Islam

Berikut orang muo paparkan komentar seorang pengunjung blog orangmuo.com berhubung dengan posting bertajuk Hati-hati! Fabrik Bulu Babi Biri . Anda baca dan menilainya dengan tenang. Sabar!
Nama samaran pengomen : Boleh

F***k Muslims and all malay pig in Malaysia.
I feel ashamed to call myself a Malaysian nowadays because you malay pig are making us losing our pride day by day by corrupting the once dignified image of this country, you know Malaysia is now a laughing stock among the non-Muslim countries in the world!
People despise this country still protecting the lame lot and not doing anything to improve the deteriorating situation, still practising double standards among its own people, still expelling the non-malay genius to other countries, still depriving the rights and benefits of other races to its own race, still criticize and blame the Chinese for their minority poverty.

Wednesday, August 25, 2010

Hari Kemerdekaan : Bangsa Membudayakan Negara

Sebuah Persatuan Kebudayaan Cina daerah Muo turut mengambil bahagian dalam Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan yang dilangsungkan di Muo tidak lama dulu. Foto ini sudah lama orang muo simpan. Baru hari ini orang muo teringat kembali tentang foto-foto ini. Pujian harus diberikan kepada persatuan kaum Cina ini yang berusaha mempraktikan budaya kaum Melayu dalam masyarakat mereka.

JAKIM : Penggantungan Sijil Pengesahan Halal Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd


JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
 

Tuesday, August 24, 2010

Semangat Kemerdekaan : '1 Malaysia Menjana Transformasi'

Penghuni Rumah Panjang Kampung Mongkos, Serian Sarawak tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-53. Mereka menunjukkan semangat cinta akan negara dengan mengecat siling rumah yang diperbuat daripada buluh  dengan bendera Jalur Gemilang sepanjang 80 meter sejak tahun lepas. Hari ini ketua rumah panjang Kampung Mongkos, Chief  Daka Baba  bersama penghuni rumah panjang ini mengecat semula Jalur Gemilang supaya nampak lebih kemas dan cantik.
'1 Malaysia Menjana Transformasi' .... ' Berani Berubah' 
[foto Nik Hariff Hassan, nst]

Maternal Love

MATERNAL LOVE... Tiksi, a 15 year-old Siberian tiger, licks her two-month-old female cub at Omaha's Henry Doorly Zoo in Omaha, Neb. The cub, which was born on June 22, 2010, is on display for the first time Friday, and the zoo is asking for the public's help to name it. Photo by AP.[nst.com]

Monday, August 23, 2010

Hati-hati! Fabrik Bulu Babi Biri

Keliru nih, kawe rasa pening. Apa akan jadi kalau ada produk bulu babi macam ni. Macamana nak tahu dan nak bezakannya dengan bulu biri-biri? JAKIM kena bertindak cepat. Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria ini mungkin bulunya sudah dijadikan fabrik pakaian. Entah-entah sudah kita pakai. JAKIM, perlu mainkan peranan dengan menjalankan pemeriksaan terhadap semua fabrik yang melibatkan bulu yang ada di Malaysia.baca seterusnya..[sumber: armanizan.blogspot.com]

Nikah Gantung Tangani Kemaruk Nafsu, Buang Bayi

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.
Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

Sunday, August 22, 2010

Hukum Solat Jumaat Sunat Jika Menunaikan Solat Hari Raya Jatuh Pada Hari Tersebut

[sumber :mykhilafah.com ]
Soalan: Apakah hukumnya menunaikan solat Jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari tersebut, iaitu hari Jumaat?
Kesimpulan
Berdasarkan huraian yang telah diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat, maka hukumnya adalah seperti berikut:Pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya (‘Eid), maka gugurlah kewajipan solat Jumaat ke atasnya. Dia boleh memilih sama ada untuk menunaikan solat Jumaat ataupun tidak. Namun, disunnahkan baginya untuk tetap melaksanakan solat Jumaat.

Menu Berbuka Puasa : Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Keenakan  'Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah' yang pernah orang muo nikmati ketika berkunjung ke Dungun bersama keluarga  masih lagi segar dalam memori kerana rasanya yang sangat sedap dan lazat. Subuh pagi tadi orang muo sempat merayau-rayau mencari info, terjumpa pula website resepi online. Orang muo pun apa lagi terus cedok resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah untuk koleksi blog orang  muo.
Kepada para ibu dan isteri yang sedang buntu memikirkan menu untuk berbuka puasa petang ini boleh mendapatkan resepinya di sini. Kalau tak sempat nak memasaknya pergilah ke baazar ramadhan, beli saja :)

Saturday, August 21, 2010

Kasih Ibu Menyelamatkan Nyawa Anak

Walaupun  situasi dalam keadaan yang berbahaya, seekor ibu monyet sanggup mengetepikan perasaan takut semata-mata untuk menyelamatkan anaknya. Peristiwa ini telah dirakam oleh seorang  jurufoto yang kebetulan berada di tempat kejadian di sebatang jalan raya yang amat sibuk di New Delhi.

Friday, August 20, 2010

Empat Jenis Tisu Dalam Badan Manusia


TISU biologi memainkan peranan yang amat penting dalam peringkat pembangunan sel organisma hidup kerana ia akan bergabung untuk membentuk organ.
Terdapat empat jenis tisu asas dalam sistem badan manusia iaitu epitelium, tisu penyambung, tisu otot dan tisu saraf.

Spider vs. Mantis

It is a rare chance to see a battle between a spider and a mantis. Who is the winner?

Thursday, August 19, 2010

Rimau Belang Putih 'Waris Jari Hantu' Menjelma

 White-striped tiger cub "Majestic" and his brother "Mohan" were born June 22, 2010 and weighed approximately two pounds (0.9 kg) each at birth. Their mother and father, part of a breeding program by illusionist duo Siegfried &Roy, are carriers of the rare recessive gene necessary to produce white offspring.

Wednesday, August 18, 2010

Mengenali Komputer Generasi Pertama

Here is glimpse of the history of computers and their humble beginnings. These computers may not have been as powerful as modern computers, but they’re old black and white photos are intriguing nevertheless. If for no other reason, then because those old computers were capable of filling a whole room with their robust circuitry. Enjoy these old photos of the first generation of computers.
1. AVIDAC, Argonne’s first digital computer, began operation in January 1953. It was built by the Physics Division for $250,000. Pictured is pioneer Argonne computer scientist Jean F. Hall.

Pembungkus Makanan Daripada Kertas Boleh Dimakan 'Edible Paper' Tarikan Baru Pelancong

Kertas boleh dimakan [edible paper] dihasilkan daripada fiber yang didapati daripada beberapa jenis sayuran dan buah-buahan telah dikeluarkan oleh sebuah kilang di bandar Nantou, China.
Sebagai daya tarikan pelancong luar dan tempatan. para pengusaha restoran di negara China berlumba-lumba

Tuesday, August 17, 2010

China Mengatasi Jepun Peneraju Kuasa Ekonomi Dunia Selepas US


 BEIJING - China may overtake Japan as the world's second-largest economy this year, but it remains a developing economy despite its fast pace of growth, economists said.
Japan's nominal gross domestic product (GDP), which is not adjusted for price and seasonal variations, was worth $1.286 trillion in the April-to-June quarter compared with $1.335 trillion for China, according to data released by the Japanese government on Monday. The figures are converted into dollars based on an average exchange rate for the quarter.

MRI Bebas Radiasi Sinar-X

OPERASI Imbasan Pengimenjan Resonans Magnetik (MRI) merupakan aktiviti merakam imej keratan rentas badan manusia menggunakan daya tarikan magnet keliling.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan imej gambaran organ dalaman selain mengesan jumlah kandungan air dalam sistem badan.
Berbeza dengan operasi x-ray dan imbasan CT, MRI mempunyai kelebihan unik di mana pesakit tidak akan terdedah dengan radiasi merbahaya sinar-x.

Monday, August 16, 2010

Hari Pertama Menyambut Ramadhan Dunia Islam

A man walks past "mawa toast" on sale ahead of the Muslim fasting month of Ramadan in the southern Indian city of Hyderabad. Mawa toast is made of condensed milk, flour, sugar and salt and is sold in large quantites during Ramadan in Hyderabad. [Photo/Agencies]

Sunday, August 15, 2010

World’s Largest Clock in Holy City of Mecca

Mercu tanda terkini negara Arab Saudi ialah sebuah jam gergasi yang didirikan di Tanah Suci Kota Mekah. Menara jam gergasi 4 muka setinggi 600 meter ini boleh dilihat pada jarak lebih 16 kilometer.
Jam gergasi ini direka oleh sebuah syarikat dari German dengan kerjasama jurutera jam Swiss.Keluasan permukaan jam ini pula berdiameter 40 meter merupakan jam terbesar di dunia.

Tragedi Ribut di Baazar Ramadhan Jasin Melaka

Tragedi ribut di Basar Ramadhan Jasin Melaka. 3 terkorban dan 18 cedera.Lihat video & foto tragedi tersebut

Saturday, August 14, 2010

Children Lounge On Giant Lotus Leaves

A girl poses for a picture sitting on a giant lotus leaf at Hefei Botanical Garden, in East China's Anhui province. The lotus leaf in the garden is about 1.2 meters in diameter, and can withstand up to 20 kilograms

Friday, August 13, 2010

India Negara Penduduk Teramai Dunia Menjelang 2026

India will overtake China to become the world's most populous nation within the next 16 years, according to new government figures.
Officials say the rise in population to more than 1.6 billion by 2050 will threaten the country's rapid economic development.
 The subject of population growth in the country has been almost taboo since Indira Gandhi's heavy-handed population policies, which included forced sterilisations and vasectomies, caused widespread anger in the mid 1970s.

Thursday, August 12, 2010

Masalah Bilangan Rakaat Sembahyang Tarawih

Banyak keterangan yang berlainan mengenai bilangan rakaat sembahyang tarawih. 
Tetapi menurut yang telah dipilih dan diamalkan oleh jumhur ulama' dari kalangan mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali ialah dua puluh rakaat berdasarkan amalan sahabat-sahabat Nabi dalam zaman Saiyidina Umar r.a, seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:


63- عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانُوا يَقُومُونَ على عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةٍ. (رواه البيهقي)

Sembahyang Tarawih Dan Kelebihannya

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ."
"Sesiapa mengerjakan sembahyang malam dalam bulan Ramadhan,  sedang ia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka ia akan diampunkan dosanya yang telah lalu" (1)
"Qiamullail" (sembahyang malam) yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah menghayati tiap-tiap malam bulan Ramadhan dengan sembahyang-sembahyang sunat - terutama sembahyang tarawih.

Incredible Sand Animator Kseniya Simonova

Kseniya Simonova, seorang artis sand animator berbangsa Ukraine merupakan pemenang  “2009 Ukraine’s Got Talent.” Beliau mula melukis menggunakan pasir setelah gagal dalam perniagaannya pada awal 2000. Bakat luar biasanya begitu terserlah selepas setahun beliau berlatih melukis dengan  skil luar biasa  jari dan tangannya dengan 'light box' ditabur pasir. Kemudian beliau terus menyertai dan memenangi pertandingan Ukraine's Got Talent. Bermula dari situ Kseniya Simonova terus menjadi terkenal dan mempunyai peminat begitu ramai terutamanya dari golongan kelas atasan.

Kseniya Simonova membuat persembahan sand animator secara langsung seolah-olah seperti 'story teller' menggunakan giant light box dengan berlatarkan iringan muzik dramatik,  serta limpahan sinaran lampu unik. Lihat video di bawah bagaimana beliau mempersembahkan karya kreatif sand animatornya yang amat luar biasa dan menakjubkan...

Wednesday, August 11, 2010

Asal Mulanya Sembahyang Tarawih

Asal mulanya diterangkan dalam hadith yang berikut
61- عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ لَيْلَةً مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ فَصَلَّى فِي الْمَسْجِدِ وَصَلَّى رِجَالٌ بِصَلَاتِهِ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَاجْتَمَعَ أَكْثَرُ مِنْهُمْ فَصَلَّى فَصَلَّوْا مَعَهُ فَأَصْبَحَ النَّاسُ فَتَحَدَّثُوا فَكَثُرَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ مِنْ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى فَصَلَّوْا بِصَلَاتِهِ فَلَمَّا كَانَتْ اللَّيْلَةُ الرَّابِعَةُ عَجَزَ الْمَسْجِدُ عَنْ أَهْلِهِ حَتَّى خَرَجَ لِصَلَاةِ الصُّبْحِ فَلَمَّا قَضَى الْفَجْرَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَتَشَهَّدَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ لَمْ يَخْفَ عَلَيَّ مَكَانُكُمْ وَلَكِنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْتَرَضَ عَلَيْكُمْ فَتَعْجِزُوا عَنْهَا فَتُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ. (رواه البخاري)

61- Dari `Aisyah r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. - pada suatu malam (dalam bulan Ramadhan) ketika jauh malam telah keluar (1) lalu sembahyang di masjid dengan diikuti oleh beberapa orang lelaki sebagai makmum.  Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersembahyanglah bersama-sama Baginda.

Bagaimana cahaya membunuh virus?

Bagi menghalang jangkitan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi seperti basuh tangan, menutup mulut semasa bersin, tidur yang cukup, jangan menggosok mata selepas menyentuh hidung dan makan banyak sayur serta buah-buahan.
Bagaimanapun virus selesema boleh bertahan pada tapak tangan selama beberapa jam atau beberapa hari di tempat yang sesuai. Pembersih tangan (hand sanitizer) yang digunakan oleh orang ramai masih tidak dapat membunuh semua jenis kuman.

Monday, August 9, 2010

First Real Pregnant Robot

 Pregnant robot trains students
Medical students at Johns Hopkins University are getting a real-life birthing experience when a robot goes into labor. Kasey-Dee Gardner reports.

Friday, August 6, 2010

Apakah Yang Menyebabkan Selsema?

APABILA seseorang berkata, saya mendapat selsema, ini bermakna terdapat sesuatu dalam badan yang menyebabkan simptom selsema.
Biasanya mereka yang dijangkiti selsema mengalami hidung berair, bersin, batuk, sakit kepala dan kadang-kala demam. Terdapat pelbagai virus yang berbeza yang menyebabkan simptom selsema tetapi biasanya selsema disebabkan oleh rhinovirus.

Thursday, August 5, 2010

Future : 3D Express Coach

It's certainly one way to beat the traffic.
Named the '3D Express Coach', this innovative design was proposed by engineering firm Shenzhen Huashi Future Parking Equipment as an answer to the China's overcrowded roads.
The bus will allow cars drive underneath while the upper level is carrying passengers.
The design is for an electric bus that is almost 15 feet high and solar-powered. It will be able to travel at speeds of up to 37mph but will be able to carry as many as 1400 passengers at one time.

Future : C.R.A.B. Police Robot

 This stunning robot called C.R.A.B. will provide a peek into the future of Policing. Could this be the next replacement for the Police patrol officer, armed guard, or even a substitute for the Police patrol vehicle (and driver)? Such a machine could revolutionise the nature of Policing; combining the role of a Police vehicle and Police Officer into one, utilising advanced robotics and artificial intelligence technology. For now it’s just a concept created by talanted artist Jamie Martin using 3D software but it’s brilliant idea. Apart from the concept Jamie placed this robot into relevant interior. So that’s not just an ordinary work. Check photos and video of this creative and extremely high-quality and you will be impressed!

Monday, August 2, 2010

Bersarapan Pagi Dengan Sate Muo!


Sate muo..satu lagi makanan popular di daerah muo selain mi bandung muo. Satu perkara yang agak unik di muo ialah bersarapan pagi dengan sate muo!. Bagi mereka yang belum pernah bersarapan pagi dengan sate tentu berasa agak pelik bukan. Di daerah Muo makan sate pada waktu pagi adalah satu perkara biasa malah ia satu hidangan atau menu istimewa di sini. Namun begitu hanya beberapa buah restoran atau kedai makan saja di Muo yang menyediakan hidangan sate pada waktu awal pagi.
Antara restoran atau kedai makan yang menyediakan hidangan sate untuk sarapan pagi ialah 'Restoran Sate Pn Rosnani' bersama suaminya En Haron b Samad terletak di Jalan Maharani berhadapan dengan Stesen Bas Ekpres dan Teksi Muo.  Mereka menjalankan perniagaan menjual sate sejak 30 tahun dahulu bermula secara kecil-kecilan. Perniagaannya semakin berkembang maju kerana rasa satenya yang begitu lazat. Kelembutan daging sate serta rasanya yang enak dan lazat menjadi igauan setiap pelanggan yang pernah menikmatinya.